Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Cara Bersihkan Mesin Basuh, Terutama Jenis ‘Front Load’

Lelaki Ini Kongsi Cara Bersihkan Mesin Basuh, Terutama Jenis ‘Front Load’

Setiap kali lepas basuh baju, buka pintu mesin basuh dan juga bekas detergent. Ia bagi memastikan udara panas dari wap air keluar sepenuhnya dan menghindarkan bau yang tidak menyenangkan.

tips cuci mesin basuh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mesin basuh di rumah merupakan salah satu alatan rumah terpaling ‘function’ dan banyak berjasa. Sebab itulah tak rugi pun kalau nak mengeluarkan duit banyak sedikit untuk mesin basuh yang mahal.

Lebih memudahkan kerja jikalau mesin basuh itu didatangkan sekali dengan ciri pengering (dryer). Tak perlulah jemur di luar ataupun menggunakan pengering dobi layan diri.

Jimat masa, jimat tenaga, dan jimat waktu!


Kenapa Perlu Cuci Mesin Basuh?

Mesin basuh juga perlu dicuci secara berkala selepas digunakan beberapa bulan pertama. Ini kerana sabun basuh baju, pelembut pakaian, serta segala kekotoran, saki daki pada pakaian anda boleh bergumpal di dalam mesin.

Bayangkan, kalau ada habuk, rambut dan sebagainya dan terkumpul selama berbulan-bulan sehingga memakan tahun lamanya – kesemua kekotoran itu boleh melekat kembali pada baju anda.

Jangan fokus basuh baju sahaja, mesin basuh pun perlu dibasuh.


Cara Bersihkan Mesin Basuh Sendiri Di Rumah

Seorang pengguna Facebook (Khairul Abdullah) baru-baru ini telah berkongsikan cara-cara untuk melakukan kerja pembersihan mesin basuh sendiri di rumah.

Mudah sahaja rupanya, rajin atau tidak itu tolak tepi dulu.

  1. Cuci fasad luaran dia. Lap segala habuk yang ada dan kesan lelehan sabun pencuci.
  2. Cuci tempat letak sabun atau detergent. Cabut keluar, cuci bersih. Cuci juga bahagian yang air masuk.
  3. Cuci bahagian gasket/getah bulat besar. Itu bahagian paling penting. Kalau tak terjaga dia akan naik kulat berbintik hitam. Selak getah dan ambil wet wipes dan lap kuat-kuat. Kalau dah ada kulat, guna mildew remover.
  4. Lap juga bahagian kaca penutup luar dan dalam sampai bersih berkilat.
  5. Buka tiub dan buang air baki. Yang ini kalau lama tak buat memang busuk air itu. Dah buang pasang balik penutup dia.
  6. Buka filter, cuci bersih dan pasang balik.
  7. Cuci drum menggunakan baking soda dan cuka. Tuang sekitar setengah cawan atau 100gm baking soda ke dalam drum. Selepas itu, tuang dua cawan atau 500ml cuka putih/cuka makan tunke dalam tempat sabun/detergent.
  8. Selepas itu, on dan basuh guna air paling panas. Biar dia pusing sampai habis.
  9. Dah siap, buka pintu kaca, tarik dan biarkan tempat detergent juga terbuka. Selepas sejam dua baru tutup.

Tips: Setiap kali lepas basuh baju, buka pintu mesin basuh dan juga bekas detergent. Ia bagi memastikan udara panas dari wap air keluar sepenuhnya dan menghindarkan bau yang tidak menyenangkan.


Untuk Tips Beserta Gambar, Lihat Di Bawah:

Sumber: Khairul Abdullah/Facebook

Gambar kiri: Tempat detergent ini cabut keluar dan cuci bersih. Bahagian tengah tempat letak softlan itu selalu berkulat di bahagian dalam kalau tak dicuci. Cabut keluar benda biru itu dan cuci.

Gambar kanan: Bahagian ini pun kena cuci. Guna berus untuk mengeluarkan kesemua kotoran sisa air dan detergent.

Sumber: Khairul Abdullah/Facebook

Bahagian dalam gasket ini juga perlu dicuci juga. Selalu selak, akan ada duit syiling, atau banyak rambut tersumbat dalam itu. Cuci sahaja sampai bersih.

Sumber: Khairul Abdullah/Facebook

Gambar kiri: Bahagian bawah sekali mesin basuh front loading akan ada pintu kecil. Buka pintu itu dan akan nampak getah dan filter. Tadah bekas dan cabut penutup dan air sisa akan keluar. Kalau teruk berkeladak dan busuk maknanya lama tak dicuci.

Gambar kanan: Lepas itu buka trap/filter ini pula. Biasanya boleh kaya sebab banyak duit terkumpul. Cuci bersih-bersih dan pasang balik.

Sumber: Khairul Abdullah/Facebook

Gambar kiri: Tuang dalam satu cawan baking soda ke dalam drum.

Gambar kanan: Tuang dalam dua (2) cawan atau 500ml cuka dalam tempat detergent. Selepas itu, pada setting basuhan pilih basuhan biasa dan set kepanasan air paling tinggi atau pilih cleaning mode kalau ada. Tekan on. Dah siap cleaning buka tray detergent dan pintu mesin bagi wap panas keluar.

Setelah selesai masukkan baking soda dan cuka maka biarlah mesin basuh running kosong dahulu. Bila dan siap nanti buka pintu dan bekas sabun biar wap panas keluar.

BACA JUGA: [Tips] Kod Isyarat Lampu Lori Yang Perlu Anda Tahu. Penting Ya!

BACA JUGA: Ini 3 Tips Untuk Elak Telur Cepat Rosak & Tahan Lama

BACA JUGA: Beli Waktu ‘Sale’ & 4 Lagi Tips Sebagai Persediaan Jika Berlakunya Inflasi


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd