Now Reading
Kerap Panaskan Makanan Dalam Microwave? Ini 7 Hidangan Yang Tak Elok ‘Reheat’ Semula

Kerap Panaskan Makanan Dalam Microwave? Ini 7 Hidangan Yang Tak Elok ‘Reheat’ Semula

Sesetengah makanan yang dipanaskan di dalam microwave tidak dapat mematikan bakteria sepenuhnya dan menyebabkan keracunan makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap kali datang mood malas memasak atau kesuntukan masa, sesetengah individu memilih untuk hanya memanaskan makanan lebihan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).

Ada pula yang suka memanaskan makanan dalam microwave sebab tak mahu membazirkan lebihan makanan.

Walaupun ramai yang kerap memanaskan semula makanan di dalam microwave kerana hanya mengambil tempoh singkat, tetapi sebenarnya tidak semua hidangan sesuai untuk anda ‘reheat’.


Jenis-jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Dari Dipanaskan Semula

Proses pemanasan semula beberapa jenis makanan di dalam microwave boleh mendatangkan penyakit dan sangat bahaya kepada kesihatan tubuh badan.

Antara hidangan yang perlu dielakkan dari dipanaskan semula di dalam microwave adalah:

1. Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Dari Dipanaskan Semula: Kentang Putar

Sumber: The Spruce Eats

Kentang yang dibiarkan dalam suhu bilik pada tempoh agak lama boleh menyebabkan ia mudah tercemar dengan bakteria dan mengakibatkan keracunan makanan. Walaupun dipanaskan semula berkali-kali, bakteria di dalam kentang ini tidak akan mati.

Kalau anda mahu memakan semula hidangan kentang ini, pastikan ia disimpan di dalam peti sejuk sebelum dipanaskan.

2. Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Dari Dipanaskan Semula: Cendawan

Sumber: Medical News Today

Cendawan mengandungi protein yang mudah rosak akibat enzim dan bakteria jika tidak disimpan di dalam suhu yang bersesuaian.

Jika hidangan cendawan ini tidak disimpan di tempat yang betul, ia boleh bertukar basi dan menyebabkan sakit perut.

Kalau anda betul-betul perlu memanaskan semula cendawan, pastikan ia dipanaskan di bawah suhu sekurang-kurangnya 70 darjah Celsius.

3. Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Dari Dipanaskan Semula: Ayam

Sumber: My Budget Recipes

Microwave tidak boleh memanaskan hidangan dengan sekata dan ini akan menyebabkan sesetengah bahagian ayam tidak dipanaskan dengan betul.

Oleh disebabkan itu, terdapat bakteria yang mungkin tidak dapat dimatikan sepenuhnya.

Proses pemanasan ayam di dalam microwave perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati seperti memastikan suhunya adalah tidak kurang dari 79 darjah Celsius.

4. Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Dari Dipanaskan Semula: Telur

Sumber: Allrecipes

Hidangan yang mengandungi telur di dalamnya tidak boleh dibiarkan di dalam suhu panas melebihi satu jam. Ini kerana bakteria seperti Salmonella akan mudah membiak di dalam menu tersebut dan menyebabkan keracunan makanan.

5. Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Dari Dipanaskan Semula: Nasi

Sumber: The Spruce Eats

Nasi yang sudah dimasak boleh dicemari dengan bakteria Bacillus Cereus. Meskipun bakteria ini akan mati selepas dipanaskan, tetapi ia akan meninggalkan spora yang toksik kepada tubuh badan manusia.

Kalau anda perlu memanaskan juga nasi, pastikan ia dikeluarkan dari dalam microwave dan digaul rata sebelum dipanaskan semula.

6. Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Dari Dipanaskan Semula: Makanan Laut

Sumber: Tally Press

Selamat ke kalau makanan laut atau seafood dipanaskan di dalam microwave? Selamat atau tidak itu bergantung kepada cara ia penyimpanannya.

Kalau ‘seafood’ itu terus dibekukan selepas dipanaskan semula, maka hidangan tersebut masih selamat dimakan.

Tapi jika makanan laut berkenaan dibiarkan dalam suhu bilik dalam tempoh agak lama, ia berisiko untuk terdedah dengan pelbagai jenis bakteria yang boleh membahayakan tubuh badan.

Bakteria akan mudah membiak pada makanan laut apabila berada di persekitaran suhu sejuk dari 4 darjah Celsius sehingga 60 darjah Celsius.

7. Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Dari Dipanaskan Semula: Sayur Bayam

Sumber: Medical News Today

Sayur bayam mempunyai kandungan nitrat yang tinggi. Apabila hidangan ini dipanaskan, nitrat akan bertukar kepada nitrosamin yang bersifat karsinogenik serta boleh menjejaskan keupayaan badan untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.


Walaupun dengan cara memanaskan hidangan di dalam microwave akan lebih memudahkan urusan anda kerana tak perlu penat memasak dan sebagainya, tetapi berhati-hati ya kerana bukan semua makanan boleh dipanaskaan semula.

Kalau nak panaskan juga kerana kesuntukan waktu, pastikan dilakukan dengan cara serta suhu yang betu supaya anda tidak mengalami sakit perut atau keracunan makanan.

BACA JUGA: Doktor Ini Gesa Hentikan Trend Makan Menu Pedas Melampau. Bahaya Untuk Kesihatan!

BACA JUGA: Doktor Tegur Aksi Lelaki Cicah Roti Dalam Air Banjir Sebelum Makan. Bahaya Ya!


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd