Now Reading
Pasangan Ini Jual Nasi Campur RM4 & Air Percuma Dengan Niat Bersedekah

Pasangan Ini Jual Nasi Campur RM4 & Air Percuma Dengan Niat Bersedekah

Nasi campur tersebut dikenali sebagai Nasi Campur Full Tank yang diusahakan di pekan Masjid Tanah setiap hari Jumaat di Alor Gajah, Melaka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pasangan suami isteri baru-baru ini telah meraih perhatian ramai apabila mereka dikatakan menjual nasi campur pada harga serendah RM4 berserta dengan air percuma.

Gerai tersebut dikenali sebagai Nasi Campur Full Tank yang terletak di tepi jalan pekan Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.

Menurut pasangan berkenaan, menu itu dijual semata-mata ingin membantu penduduk mendapatkan makanan pada harga murah selain niat untuk bersedekah.

Sumber: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, walaupun pasangan Junaidah Idris, 47, dan suaminya Jais Omar, 48, terkesan akibat pandemik Covid-19, namun penjualan nasi campur RM4 tidak menganggu mereka berkongsi rezeki dengan orang lain walaupun hanya memperolehi keuntungan yang kecil.

Sebelum ini pernah ada kedai makan

Junaidah menjelaskan bahawa sebelum ini dia mengusahakan kedai makan, namun disebabkan tidak mampu menjelaskan sewa bulanan RM700, mereka mengambil inisiatif membuka meja dan berniaga di tepi jalan.

Dia juga berkata tidak pernah merasakan rugi menjual nasi campur RM4 ini. Malah, dia mengakui bahawa dengan cara ini perniagaannya semakin maju dan menu nasi campurnya semakin mendapat permintaan biarpun baru berniaga sejak awal bulan Februari 2022.

Sumber: Sinar Harian

Setiap hari dia akan menyediakan kira-kira 10 jenis lauk seperti ayam lemak, ayam goreng kunyit, daging asam pedas, daging kari, ayam masak merah dan ikan goreng sambal untuk memberi pilihan kepada pelanggan.

Memang hasrat saya nak berniaga sambil bersedekah, jadi daripada jual pisang goreng, kami menjual nasi ‘full tank’ RM4 dan percuma air sejak awal bulan ini. Kami mula berniaga jam 11 pagi dan alhamdulillah selalunya dalam tempoh dua jam nasi habis dijual.

Junaidah kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, dia juga menjelaskan ada berhasrat untuk menambah lagi pilihan lauk-pauk buat pelanggan.

Selain itu kami juga merancang untuk menjual jagung keju leleh dan harap apa yang kami usahakan ini berpanjangan. Saya pun tak sangka hanya mula memasak menggunakan lima kilogram beras kini meningkat sehingga 20 kilogram dan menunjukkan sambutan positif pelanggan.

Junaidah kepada Sinar Harian.

Apa pun, kami mendoakan semoga pasangan suami isteri ini diberikan rezeki yang melimpah ruah berkat daripada usaha dan niat mereka ingin membantu golongan tidak berkemampuan serta berniaga sambil bersedekah.

Ameen YRA.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd