Now Reading
Doktor Tegur Aksi Lelaki Cicah Roti Dalam Air Banjir Sebelum Makan. Bahaya Ya!

Doktor Tegur Aksi Lelaki Cicah Roti Dalam Air Banjir Sebelum Makan. Bahaya Ya!

Dr Khairul Hafidz menasihati orang ramai supaya tidak meniru aksi berkenaan kerana air banjir adalah kotor dan boleh membawa penyakit seperti taun dan keracunan makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia termasuklah Kelantan, Terengganu dan Pahang kini berdepan situasi banjir yang semakin membimbangkan lebih-lebih lagi apabila sudah ada kematian dicatatkan.

Semalam, tiga orang wanita yang merupakan adik-beradik dilaporkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika ingin meninjau paras peningkatan air berhampiran rumah mereka di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan.

BACA JUGA: 3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Banjir Di Kelantan

Keadaan banjir yang bertambah buruk ini juga menyukarkan mangsa mendapatkan bekalan makanan dan air yang bersih.

Sumber: Berita RTM

Lelaki Cicah Roti Dalam Air Banjir Sebelum Makan

Baru-baru ini, sebuah perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (@dikmin_07) tular di media sosial selepas dia dilihat melakukan aksi yang mengundang bahaya kepada kesihatannya.

Dalam video itu, kelihatan dua orang lelaki sedang memakan roti dalam keadaan banjir dan basah kuyup.

Namun apa yang mengejutkan adalah apabila salah seorang daripada mereka telah mencelup roti berkenaan ke dalam air banjir berwarna keruh sebelum bertindak memakannya semula sambil ketawa.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat 187,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@dikmin_07/video/7178460820135890203?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Orang Ramai Luah Rasa Risau Lihat Lelaki Itu Celup Makanan Dalam Air Banjir

Menjengah ke ruangan komen video itu, ramai yang meluahkan rasa risau dengan tahap kebersihan serta kesihatan lelaki itu selepas berkelakuan sedemikian.

Mana tidaknya, roti itu dicelup ke dalam air banjir yang sudah bercampur dengan pelbagai jenis kotoran yang sudah tentunya mengandungi banyak jenis bakteria.

Doktor Dedah Bahaya Air Banjir Dari Segi Kesihatan

Tindakan lelaki itu juga telah mendapat perhatian seorang doktor kesihatan di laman Twitter milik Dr Khairul Hafidz.

Menerusi ciapan yang dimuat naik, Dr Khairul Hafidz menasihati orang ramai supaya tidak meniru aksi berkenaan kerana air banjir adalah kotor dan boleh membawa penyakit seperti taun dan keracunan makanan.

Beliau turut tidak ketinggalan mendoakan agar kesemua mangsa yang terjejas akibat banjir dibawa dengan selamat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berhampiran.

Awas Penyakit Bawaan Air Dari Limpahan Arus Banjir

Limpahan air yang mengakibatkan banjir ini adalah sangat berisiko tinggi membawa penyakit kerana tercemar dengan pelbagai jenis kotoran dan bakteria serta kuman.

Antara penyakit yang boleh menjangkiti manusia sekiranya mereka terdedah dengan air banjir adalah demam kepialu (tifoid), disenteri dan Hepatitis A.

Penyakit ini boleh tersebar sekiranya individu tidak menjaga kebersihan diri seperti tidak membasuh tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan yang akan diberikan kepada orang ramai.

Sumber: MalayMail

Pensyarah dan Pakar Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Prof Madya Dr Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad dalam satu laporan bahawa individu yang terkena penyakit bawaan air banjir ini akan mengalami beberapa simptom. Antaranya:

  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Demam
  • Najis berdarah
  • Tekanan darah rendah
  • Keletihan
  • Dehidrasi
  • Pengsan

Sekiranya anda terdedah dengan penyakit bawaan air ini, segera dapatkan rawatan selanjutnya agar keadaan tidak bertambah keruh.

BACA JUGA: Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa, Doktor Ini Kongsi Cara Beri Bantuan Kepada Mangsa Lemas

BACA JUGA: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd