Doktor Ini Gesa Hentikan Trend Makan Menu Pedas Melampau. Bahaya Untuk Kesihatan!
Untuk ‘kaki pedas’ di luar sana, inilah masanya untuk anda berfikir sejenak tentang akibat yang perlu ditanggung gara-gara makan makanan yang terlampau pedas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Hidangan makanan yang pedas dilihat semakin luas ditawarkan di mana-mana kedai makan, termasuklah di luar negara.
Kalau makanan tak pedas, biasanya ‘kaki’ makanan pedas ini akan buat permintaan supaya tukang masak buat lebih pedas daripada biasa.
Tak ‘kick’ makan kalau tak pedas, katanya.
Cili padi tu kalau boleh kena gigit dahulu, baru dapat ‘feel’ untuk habiskan hidangan.

Tapi tahukah anda, makanan hidangan yang pedas boleh memudaratkan kesihatan? Bila difikirkan, memang logik.
Doktor seru trend makan pedas dihentikan
Baru-baru ini, seorang Pakar Kesihatan, Dr Kamarul Ariffin menerusi Twitter miliknya telah menyeru orang ramai untuk menghentikan trend makan menu yang pedas melampau, serta cabaran makan makanan pedas.
Menurutnya, trend ini boleh menjejaskan kesihatan.
Dia turut mengupas sebab dan akibat terlalu banyak pengambilan makanan pedas menerusi perkongsian thread di Twitter.
Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau, dan cabaran makan makanan pedas. Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan. Ikuti thread ni. pic.twitter.com/kDG4sFum2a
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) November 7, 2021
Untuk ‘kaki pedas’ di luar sana, inilah masanya untuk anda berfikir sejenak tentang akibat yang perlu ditanggung gara-gara makan makanan yang terlampau pedas.
Ingat, jangan sedapkan mulut sahaja – kesihatan diri juga perlu difikirkan.
Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) November 7, 2021
Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) November 7, 2021
Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) November 7, 2021
Kalau kita perasan, orang yang makan pedas akan lebih banyak minum air ketika menikmati hidangan tersebut sebab bibir seakan-akan sudah berapi.
Menurut Dr Kamarul, ini juga merupakan amalan yang kurang sihat kerana isi perut akan lebih daripada kapasiti maksimum.
Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita.
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) November 7, 2021
GERD dan pedih ulu hati
Jelas Dr Kamarul lagi, makan dengan melebihi kapasiti serta makanan pedas ini juga akan menyumbang kepada faktor yang menyebabkan Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) – iaitu kondisi di mana asid melimpah ke esophagus.
Perkara ini menyebabkan pedih ulu hati dan sendawa berasid.
Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) November 7, 2021
Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) November 7, 2021
Dr Kamarul turut mempersoalkan, jika seseorang itu sudah tahu dia mempunyai penyakit gastitis, ulser, dan buasir, kenapa masih memilih untuk menikmati hidangan pedas melampau?
Dia turut mengaitkan cabaran-cabaran yang wujud di internet sehingga menyebabkan orang ramai tertarik.
Kononnya, siapa paling tahan pedas, dia paling ‘cool’.
TIDAK, ya.
Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlalmpau pedas ni?
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) November 7, 2021
Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool.
Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi.
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) November 7, 2021
Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas!
Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah.
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) November 7, 2021
Jadi, kita jugalah yang bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi.
Sebenarnya makanan pedas memang sedap, tapi bahaya menanti. Ramai juga netizen yang turut berkongsi keburukan makan pedas yang harus ditanggung sehingga kini.
Malah, ada yang hampir meragut nyawa. Bahaya betul.
I’m one of orang yang mengalami Gerd. Dulu suka makan Samyang pedas and makanan spicy. Tapi lepastu sakit. If you guys mengalami sendawa yang tak terkawal or acid reflux berpanjangan go check up okay pic.twitter.com/4UyETvAtIG
— #RAKYATJAGARAKYAT (@gwendo_neo) November 7, 2021
Lebih baik mencegah daripada mengubati, betul tak?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.