Now Reading
HiBlendr Perkenal Langganan Buah Beku Pertama. Senang Sikit Nak Buat Smoothie!

HiBlendr Perkenal Langganan Buah Beku Pertama. Senang Sikit Nak Buat Smoothie!

HiFruityBox Mix Frozen Fruit keluaran Hiblendr ini akan membantu anda memenuhi keperluan nutrisi orang dewasa yang normal dan sihat.

hiblendr

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setelah seminggu rakyat Malaysia menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, pastinya ada di kalangan kita yang ingin ‘detox’ untuk minggu kedua ini, kan?

Mana tidaknya, seminggu pertama sudah dipenuhi dengan menu-menu Hari Raya seperti lemang, ketupat, rendang, lodeh, kambing, dan sebagainya. Air pula dah pelbagai jenis diminum! Puas betul raya tahun ini.

Tapi makan, makan juga. Kesihatan perlu dijaga.


HiBlendr tampil dengan produk baharu

HiBlendr merupakan jenama gaya hidup tempatan yang telah mengeluarkan produk pengisar iaitu Juice Cup Pro mudah alih dengan merevolusikan gaya hidup sihat dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian.

Kini HiBlendr tampil dengan melancarkan produk baharu iaitu perhidmatan langganan buah beku pertama di Malaysia – HiFruityBox.

Ia boleh dilanggan secara bulanan sekaligus memberikan perkhidmatan serba baru kepada pelanggan. Produk ini direka dengan pertimbangan untuk memudahkan kehidupan seharian pengguna.

Setelah mendengar semua maklum balas daripada pelanggan kami, kami dapati bahawa ramai pelanggan kami sebenarnya terlalu sibuk untuk mendapatkan buah buahan untuk keperluan nutrisi harian mereka. Oleh yang demikian, kami ingin memudahkan kehidupan pelanggan kami untuk dapatkan pilihan buah-buahan yang mereka perlu bagi menyediakan pelbagai jenis jus dan smoothie yang enak setiap hari. Dengan produk baharu ini, HiFruityBox akan membolehkan pelanggan kami menjimatkan lebih banyak masa sekaligus memberi peluang untuk mereka mencuba kombinasi minuman  smoothies dan juga shake yang berbeza. Penyediaan pengamalan minuman yang sihat tidak pernah semudah ini, ianya lebih sedap dan pelbagai!

Andrew Poh, Pengasas HiBlendr.

7 Varian Berbeza.

HiFruityBox didatangkan dalam 7 varian berbeza termasuk 3 buah campuran buatan khas yang mengandungi Vitamin C yang sangat diperlukan yang membantu meningkatkan imuniti.

3 pek tersebut dinamakan:

  • Wild Berries C Booster
  • Tropical C Booster
  • Calming C Booster
Sumber: HiBlendr

Dalam Wild Berries C Booster, pengguna boleh dapatkan raspberi beku segar, brokoli, beri biru dan strawberi untuk kebaikan berrylicious premium.

Pengguna yang menggemari buah-buahan tropika sebaliknya boleh mencuba pek Tropical C Booster yang merangkumi nenas, mangga, lobak merah dan kiwi yang akan memberikan rasa campuran tart dan kemasaman yang lazat.

Akhir sekali, Calming C Booster adalah untuk pengguna yang suka campuran mangga, pisang, lobak merah dan alpukat, ia memberikan pengguna rasa yang berkrim, mengenyangkan dan juga pelbagai nutrisi berkhasiat.

4 jenis HiFruityBox ini adalah pilihan buah khusus terdiri daripada buah-buahan sejuk beku berkualiti tinggi termasuk pisang, avokado, nanas dan mangga.

Pek buah-buahan ini mengandungi ketulan buah-buahan bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan sumber rendah lemak, tinggi serat, bebas lemak dan tinggi Vitamin B6 yang baik.

Dengan HiFruityBoxs, pengguna tidak perlu lagi risau tentang kerumitan untuk mendapatkan buah-buahan berkhasiat lagi berkualiti tinggi. 

Setiap pek didatangkan dengan perisa luar biasa, mengandungi buah gred premium yang pelbagai di dalam pek 3 perisa istimewa, digabungkan  dan dibungkus dalam beg ziplock mudah.

Semua buah-buahan dalam HiFruityBox dibekukan pada kematangan yang tepat untuk memastikan khasiat, rasa dan kesegarannya kekal di dalam pek.

Berdasarkan kajian kami, 3 daripada 4 rakyat Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk kekurangan nutrien disebabkan oleh gaya hidup mereka. Setiap hari rakyat Malaysia sudah terbiasa tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan sihat sebelum dan selepas bekerja. Justeru itu, kita cenderung memilih makanan panas dari mamak dan makanan segera berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran, sekaligus mengorbankan diet sihat dan seimbang demi mengejar masa. Mengetahui perkara ini, kami menghasilkan produk baharu ini untuk memudahkan pengguna untuk sekurang-kurangnya mengamalkan minuman sihat dalam seharian mereka dengan mencapai 3 faktor penting iaitu kemudahan, kualiti dan kepelbagaian.

Andrew Poh, Pengasas HiBlendr.

Setiap pek dipenuhi dengan ketulan buah-buahan yang mengandungi nutrien penting seperti Vitamin C, kalium dan folat, disertai dengan kebaikan berperisa yang diekstrak daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Hiblendr menyatakan bahawa bukan satu rahsia di mana buah-buahan dan sayur-sayuran adalah penting untuk mengekalkan usus yang sihat, mencegah sembelit, memperbaiki keadaan kulit, mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, dan mencegah beberapa jenis kanser tertentu.

HiFruityBox Mix Frozen Fruit akan membantu anda memenuhi keperluan nutrisi orang dewasa yang normal dan sihat.

Digabungkan dengan Juice Cup Pro, pengguna boleh menikmati kemudahan yang lebih baik untuk memastikan lebih banyak masa dihabiskan untuk produktiviti dan kurang terbuang untuk proses penyediaan.

HiFruityBox kini boleh didapati di Lembah Klang sahaja, pembelian set paket bermula pada RM149.99. Manakala langganan bulanan akan memberi pengguna diskaun 10% ke atas yuran bulanan.

Pelanggan boleh membeli HiFruityBox di LINK INI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd