Now Reading
[Video] Jangan Buang Sayur Yang Telah Layu, Ikut Tips Ini Agar Ia Segar Semula

[Video] Jangan Buang Sayur Yang Telah Layu, Ikut Tips Ini Agar Ia Segar Semula

Tips yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @cikkpuanshikin itu turut diguna pakai oleh cef.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Membeli bahan-bahan masak termasuk sayur-sayuran merupakan rutin kebanyakan keluarga.

Kadang-kala, bahan-bahan akan dibeli banyak terus supaya tidak kehabisan stok apabila mahu digunakan kemudian.

Akan tetapi, ada masanya mungkin bahan-bahan yang telah dibeli itu tidak sempat dimasak segera.

Keadaan ini boleh menyebabkan bahan-bahan menjadi kurang segar, apatah lagi sayur-sayuran yang cepat layu.

Sumber: Unsplash.

Rendam Sayur Dalam Air Sejuk

Seorang pengguna TikTok (@cikkpuanshikin) telah berkongsi tips yang diamalkannya bagi mengembalikan kesegaran sayur-sayuran yang telah layu.

Melihat kepada video yang dimuat naik, dia meletakkan dahulu sayur yang telah layu ke dalam sebuah bekas.

Kemudian, isi bekas tersebut dengan air sejuk sehingga keseluruhan sayur tenggelam. Ingat, jangan guna air masak ya!

Setelah itu, biarkan sahaja sayur tersebut rendam di dalam air sejuk selama mana atau sehingga ia menjadi segar semula.

Boleh juga masukkan rendaman tersebut ke dalam peti sejuk agar air kekal sejuk.


Tips Dapat Elakkan Pembaziran

Menurut EatingWell, kebanyakan sayur hanya perlu direndam selama 15 hingga 30 minit. Namun bagi sayur seperti lobak merak, ia mungkin memerlukan masa sehingga satu jam.

Dalam video berkenaan, individu tersebut telah membiarkan sayur salad itu berendam selama tiga jam. Nampak ‘fresh’ macam baru dipetik! Magic!

Katanya, sebelum dia mengetahui tentang tips itu daripada ibu mertuanya, dia akan membuang sahaja sayur yang telah layu.

Lepas dah tahu tips ini, tak payah dah buang sayur yang layu. Jimat dan tak membazir! Tips ini turut diguna pakai oleh cef tau.

Sumber: @cikkpuanshikin/ TikTok

Peringatan: Tips ini hanya berkesan bagi sayur yang layu sahaja. Bukan sayur yang telah rosak.

Sumber: Pexels.

Sayur Melalui Proses Deplasmolisis

Menerusi ruangan komen, seorang individu menjelaskan bahawa sayur tersebut melalui proses deplasmolisis apabila direndam di dalam air sejuk yang merupakan larutan hipotonik.

Perkara ini bermakna, air akan dikembalikan ke dalam sel-sel sayuran, menjadikan ia segar semula.

Kaedah ini bukan hanya berkesan untuk sayur-sayuran berdaun seperti salad, daun kesum, dan daun ulam, tetapi juga berhasil untuk menjadikan petai kembali segar.

Sumber: @cikkpuanshikin/ TikTok
https://www.tiktok.com/@cikkpuanshikin/video/7343529471263149330?

Tips Simpan Sayur Agar Kekal Segar

Walaupun tips ini boleh mengembalikan kesegaran sayur, namun lebih baik sekiranya anda simpan sayur dengan elok agar ia tahan lama.

Berikut kami kongsikan tips untuk menyimpan beberapa jenis sayur di dalam peti ais agar tahan lebih lama:

  • Salad
    Cuci dan keringkan salad, kemudian simpan di dalam beg berzip (ziplock bag).
  • Cili
    Basuh dan buang tangkai cili sebelum dimasukkan ke dalam bekas yang dilapik tisu.
  • Cendawan
    Letakkan chopstick secara bersilang di dalam bekas, tutup dengan tisu dan masukkan cendawan.
  • Sayur berdaun seperti ketumbar dan daun bawang
    Simpan sayur di dalam botol yang telah dibelah dua dan diisi sedikit air di bahagian bawah.

Baca Artikel Berkaitan: 7 Petua Sayur Tahan Lama & Segar Lebih Seminggu. Senang Je Nak Buat!

Baca Artikel Berkaitan: Elak Pilih Yang Berbau Hanyir, Ini 5 Tips Beli Ayam Segar

Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Jenis Makanan Yang Tak Elok Simpan Dalam Peti Sejuk


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd