Now Reading
Elak Pilih Yang Berbau Hanyir, Ini 5 Tips Beli Ayam Segar

Elak Pilih Yang Berbau Hanyir, Ini 5 Tips Beli Ayam Segar

Antara perkara yang perlu diperhatikan semasa memilih ayam segar di pasar adalah warna dan jenis bau.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ayam adalah lauk yang cukup terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana ia menepati cita rasa orang ramai selain mudah untuk dimasak.

Walaupun hampir setiap hari makan ayam, namun kebanyakan individu masih tidak jemu dengan menu berasaskan lauk tersebut.

Namun begitu, buat mereka yang tidak selalu pergi ke pasar untuk membeli, anda mungkin berdepan dengan masalah memilih ayam segar.


Tips Pilih Ayam Segar

Baru-baru ini, tular hantaran di laman X (Twitter @dilla.nur) apabila dia berkongsi beberapa tips memilih ayam segar dengan cara betul di pasar. Buat anda yang masih buntu dengan cara pemilihan ayam, take note!

Antaranya:

#1. Tongkeng Ayam

Perkara pertama yang anda harus perhatikan adalah warna pada bahagian tongkeng ayam. Ayam yang benar-benar segar adalah apabila tongkeng menunjukkan warna putih. Warna putih tersebut bermaksud ayam diproses ketika ia sudah mati.

Tongkeng yang berwarna merah adalah penunjuk bahawa ayam diproses sebelum ia mati. Sebagai contoh, mencabut bulu ayam ketika ia masih lagi hidup.

Sumber: Cookpad Malaysia

Seterusnya, tongkeng berwarna biru pula membawa maksud ayam disembelih selepas ia mati. Dalam erti kata mudah, sewaktu ia telahpun menjadi bangkai.

#2. Warna Ayam

Ayam yang segar mempunyai warna putih kemerah-merahan. Sekiranya ayam yang anda pilih kelihatan pucat atau warna biru, itu bererti ayam tersebut mempunyai formalin atau telah melalui proses sejuk beku.

Sumber: AgroBazaar Online

Apa itu formalin? Formalin adalah sejenis bahan pengawet bagi memastikan sesuatu makanan tahan dengan lebih lama.

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di laman Facebook, formalin merupakan pengawet yang tidak boleh digunakan di dalam makanan kerana ia mampu mendorong kepada kes maut dalam jangka masa pendek.

Kesan buruk pengambilan formalin pula adalah kanser, penyakit hati, kerosakan buah pinggang, gangguan menstruasi dan lain-lain.

#3. Tekstur Ayam

Tips penting lain yang perlu diberi perhatian adalah tekstur ayam. Sekiranya ayam yang dipilih adalah segar, bahagian kepak ayam akan kembali ke posisi asal apabila ditarik. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai dan lembik.

Ayam segar juga mempunyai tekstur daging yang empuk dan akan kembali ke bentuk asal jika anda memicitnya dengan jari. Sekiranya ia tenggelam, maka ayam tersebut sudah lama.

Untuk info, ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak selalunya telah melalui proses suntikan.

Sumber: Unsplash
#4. Bau Ayam

Bau ayam juga memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada ia masih fresh atau tidak. Kalau anda nak tahu, ayam segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Bau yang hanyir dari ayam juga boleh merosakkan selera makan seseorang.

Jika ayam mempunyai bau hanyir yang kuat dan tidak menyenangkan, maka ia tidak lagi selamat untuk dimakan.

Sumber: Unsplash
#5. Darah Ayam

Ayam segar tidak akan mempunyai darah yang banyak pada bahagian tulang. Kadangkala ada juga keadaan di mana banyak cecair keluar mengalir dari ayam.

Jika ayam mempunyai darah yang banyak, ia bermakna ia sudah tidak segar kerana telah dibekukan dan dinyahbekukan beberapa kali.

Sumber: MyResepi

Baca Artikel Berkaitan: Video Wanita Ajar Cara Mudah Siang Ikan, Raih Lebih 2 juta Views

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Tak Pandai Siang Ikan Jadi Bualan Hangat Kaum Adam

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 7K Shares, Resepi Rendang Ayam Sedap & Tahan Lama Ini Dapat Sambutan Di FB. Mudah Je!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd