Now Reading
Wanita Tak Pandai Siang Ikan Jadi Bualan Hangat Kaum Adam

Wanita Tak Pandai Siang Ikan Jadi Bualan Hangat Kaum Adam

Sesetengah netizen lelaki dilihat sempat membuat gurauan terhadap golongan wanita yang tidak mahir menyiang ikan untuk dimasak.

wanita tak pandai siang ikan (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berborak tentang hal masakan dan menguruskan rumah tangga, sesetengah masyarakat berpendapat ia adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh golongan wanita.

Malah, ada juga segelintir pihak yang berpendapat wanita perlu mahir dalam urusan memasak termasuklah menyiang ikan, memotong bawang, menggoreng dan sebagainya.

Persoalannya, adakah semua wanita perlu pandai memasak?


Pengacara Wanita Kurang Mahir Siang Ikan Ketika Siaran Langsung Televisyen

Baru-baru ini menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @Cool_Wannabe82), lelaki ini menunjukkan rakaman video ketika siaran langsung rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di saluran TV3.

Perkara yang menjadi tumpuan dalam video tersebut adalah apabila dua orang pengacara wanita dilihat sedang menyiang ikan menggunakan pisau dan salah seorang daripada mereka kelihatan kekok ketika melakukannya.

Pengguna di laman X (Twitter) itu turut membandingkan dirinya yang lebih mahir menyiang ikan walaupun seorang lelaki.

“Aku yang lelaki ni pun tahu siang ikan, kalau macam ini alamatnya tak berasap la dapur,” kata pengguna yang memuat naik ciapan di laman X (Twitter) tersebut.


Situasi Wanita Tak Pandai Siang Ikan Undang Perdebatan Netizen

Video dimuat naik itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang seolah-olah membuat gurauan terhadap situasi yang berlaku dengan mendakwa ikan tersebut telah ‘mati’ dua kali.

“Jangan la tunjuk tak reti sangat siang ikan tu, perempuan kot,” kata seorang netizen.

Namun, ada netizen yang berpendapat mereka tidak sepatutnya menganggap wanita tersebut pandai menyiang ikan kerana ia bukanlah rancangan masakan.

“Nama pun WHI, bukan Ketuk-ketuk Ramadan,” ujar netizen.

Dakwaan ‘dapur tidak berasap’ oleh kerana wanita tidak pandai menyiang ikan juga telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen terutamanya golongan wanita.

Mereka berpendapat wanita masih boleh memasak meskipun tidak pandai menyiang ikan kerana boleh meminta peniaga menyiang ikan tersebut ketika membelinya di pasar raya.

“Berasap je dapur, abang kat pasar boleh tolong siangkan,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Tips Untuk Pilih Ikan Segar Dan Cara Menyiangnya

Bab membeli barangan dapur untuk memasak ini adalah satu perkara yang boleh dipelajari dengan cara perbanyakkan praktis dan membiasakan diri dengan bertanya kepada orang sekeliling untuk mendapat panduan.

Sambil-sambil pilih ikan di pasar raya, rajinkan juga bertanya kepada orang sebelah tentang tips untuk memilih ayam dan ikan yang segar.

Tetapi jika anda malu bertanya, jom kami kongsikan beberapa tips untuk anda. Antaranya:

Tips pilih ikan segar:

  • Perhatikan mata ikan.
  • Periksa insang.
  • Perhatikan sisik ikan.
  • Rasa tekstur ikan.

Cara siang ikan:

  • Buang sisik ikan.
  • Potong bahagian perut ikan.
  • Keluarkan organ-organ ikan.
  • Bersihkan kotoran selebihnya.
  • Bilas ikan.

Kepada anda di luar sana yang kurang mahir dalam menyiang ikan, tak apa. Ada banyak video di media sosial yang boleh ditonton sebagai rujukan. Yang penting jangan cepat putus asa dan selalu praktis okey?

Baca Artikel Berkaitan: Video Wanita Ajar Cara Mudah Siang Ikan, Raih Lebih 2 juta Views

Baca Artikel Berkaitan: “Lelaki Pun Kena Lipat Kain” – Netizen Puji Didikan Mak Imran Bard Ajar Anak Teruna Buat Kerja Rumah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd