Now Reading
Pengacara Rancangan WHI Perjelas Kenapa Dia Kekok Siang Ikan Ketika Siaran Live

Pengacara Rancangan WHI Perjelas Kenapa Dia Kekok Siang Ikan Ketika Siaran Live

Pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) bernama Sugeeta Chandran itu berkata dia kurang mahir menyiang ikan kerana merupakan seorang vegetarian.

pengacara WHI tak pandai siang ikan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini media sosial dihangatkan dengan topik tentang pengacara dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di saluran TV3 yang dilihat kekok menyiang ikan ketika siaran langsung.

Sesetengah netizen yang melihat aksi pengacara wanita itu turut membandingkan diri mereka yang lebih mahir menyiang ikan walaupun seorang lelaki.

Namun ada juga segelintir individu yang berpendapat wanita masih boleh memasak meskipun tidak pandai menyiang ikan kerana boleh meminta peniaga menyiang ikan tersebut ketika membelinya di pasar raya.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Tak Pandai Siang Ikan Jadi Bualan Hangat Kaum Adam


Pengacara WHI ‘Buka Mulut’ Tentang Isu Tak Pandai Siang Ikan Ketika Siaran Langsung

Selepas video kekok menyiang ikan tular di media sosial, pengacara wanita WHI tampil memberikan penjelasan mengapa dia tidak mahir untuk melakukan tugas di dapur tersebut.

Memetik sumber Harian Metro, pengacara WHI bernama Sugeeta Chandran itu berkata dia seorang vegetarian dan jarang menikmati hidangan ikan.

Sekiranya di rumah keluarga pula, ibunya akan membeli ikan yang sudah siap disiang di kedai.

Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja. Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan.

Pengacara Wanita Hari Ini (WHI) Sugeeta Chandran.

Jelasnya lagi, rancangan WHI mempunyai segmen di mana pengacara tidak mengetahui cabaran yang perlu dilakukan dan memerlukan mereka untuk bersedia melakukan apa sahaja mengikut arahan penerbit.

Kalau anda pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita (pengacara) pun tak tahu apa cabaran akan diberikan. Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan.

Pengacara Wanita Hari Ini (WHI) Sugeeta Chandran.

Sugeeta juga tidak menyangka video mereka kekok menyiang ikan tular di media sosial. Namun wanita ini bersama seorang lagi rakan pengacaranya tidak memberi respon berkenaan isu itu meskipun mendapat banyak kecaman dari netizen.

Sumber: Wanita Hari Ini (WHI)

Menurutnya, wanita yang tidak pandai menyiang ikan tidak bermakna mereka kurang hebat kerana perkara itu boleh dipelajari.

Saya ada baca beberapa komen kurang menyenangkan apabila ada yang mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami.

Pengacara Wanita Hari Ini (WHI) Sugeeta Chandran.

Seorang lagi pengacara WHI yang terlibat dalan rancangan tersebut iaitu Syira berkata perkara yang berlaku itu adalah warna warni ketika bersiaran langsung.

Syira juga tidak mengambil hati dengan kecaman yang diterima dan menerima nasihat dengan hati terbuka.

Dia juga tidak menyangka gelagat mereka tidak mahir menyiang ikan telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat.

Semua orang pun ada pengalaman kali pertama dan secara peribadi, saya ambil nasihat diberi serta tak terguris dengan kata negatif. Sejujurnya saya beli ikan siap siang di pasar jadi benda itu biasa dan tak sangka sampai satu Malaysia ‘bergaduh’ disebabkan itu.

Pengacara Wanita Hari Ini (WHI) Syira

Tambahnya lagi, segmen cabaran dalam WHI itu diwujudkan bagi membuatkan penonton berasa lebih ‘dekat’ dan boleh melihat telatah pengacara.


Tips Untuk Pilih Ikan Segar Dan Cara Menyiangnya

Bab membeli barangan dapur untuk memasak ini adalah satu perkara yang boleh dipelajari dengan cara perbanyakkan praktis dan membiasakan diri dengan bertanya kepada orang sekeliling untuk mendapat panduan.

Sambil-sambil pilih ikan di pasar raya, rajinkan juga bertanya kepada orang sebelah tentang tips untuk memilih ayam dan ikan yang segar.

Sumber: RASA

Tetapi jika anda malu bertanya, jom kami kongsikan beberapa tips untuk anda. Antaranya:

Tips pilih ikan segar:

  • Perhatikan mata ikan.
  • Periksa insang.
  • Perhatikan sisik ikan.
  • Rasa tekstur ikan.

Cara siang ikan:

  • Buang sisik ikan.
  • Potong bahagian perut ikan.
  • Keluarkan organ-organ ikan.
  • Bersihkan kotoran selebihnya.
  • Bilas ikan.

Kepada anda di luar sana yang kurang mahir dalam menyiang ikan, tak apa. Ada banyak video di media sosial yang boleh ditonton sebagai rujukan. Yang penting jangan cepat putus asa dan selalu praktis okey?

Baca Artikel Berkaitan: Video Wanita Ajar Cara Mudah Siang Ikan, Raih Lebih 2 juta Views

Baca Artikel Berkaitan: “Lelaki Pun Kena Lipat Kain” – Netizen Puji Didikan Mak Imran Bard Ajar Anak Teruna Buat Kerja Rumah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd