Now Reading
“Lelaki Pun Kena Lipat Kain” – Netizen Puji Didikan Mak Imran Bard Ajar Anak Teruna Buat Kerja Rumah

“Lelaki Pun Kena Lipat Kain” – Netizen Puji Didikan Mak Imran Bard Ajar Anak Teruna Buat Kerja Rumah

Imran memberitahu bahawa ibunya sudah mendidik mereka sejak dari kecil untuk melakukan kerja rumah seperti masak dan melipat kain tanpa membezakan jantina lelaki mahupun perempuan.

netizen puji ajaran mak imran bard (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau cakap bab buat kerja rumah, sesetengah individu menganggap ia adalah tugas golongan wanita sahaja.

Baru-baru ini, influencer Imran Bard ada mengulas tentang isu ini di laman TikTok miliknya (@imeranbard).

Kalau anda perasan, Imran juga kerap dilihat membuat kerja rumah seperti memasak di dapur dan menyapu laman rumah.

Apa sebenarnya ‘rahsia’ di sebalik kerajinan Imran Bard ya?


Imran Bard Dedah Ibunya Didik Untuk Buat Kerja Rumah

Dalam sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok (@imeranbard), influencer ini menceritakan dia mempunyai adik-beradik lelaki yang lebih ramai berbanding perempuan.

Difahamkan, adik-beradik perempuan yang hanya seorang itu telah berkahwin dan sudah berpindah mengikut suaminya.

Jelas Imran lagi, segelintir tetamu yang berkunjung ke rumahnya memuji kerajinannya sehingga ada yang menggelarnya sebagai anak dara.

Jadi kan orang kalau datang rumah akan cakap ‘rajin anak dara ni’. Aku pun tersipu-sipu malu. Blushing. Lah. Kita teruna lah. Bukan anak dara.

Imran Bard.
Sumber: TikTok @imeranbard

Imran memberitahu bahawa ibunya sudah mendidik mereka sejak dari kecil untuk melakukan kerja rumah seperti masak dan melipat kain tanpa membezakan jantina lelaki mahupun perempuan.

Mak aku daripada kecil dah ajar anak dia. Tak kisahlah kau jantan ke perempuan ke. Kau jantan kau kena buat kerja perempuan juga.

Imran Bard.

Tambah Imran, ibunya berkata adalah penting untuk golongan lelaki memahiri tanggungjawab melakukan kerja rumah bagi meringankan beban isteri lebih-lebih lagi ketika isteri sedang mengandung dan berpantang.

Esok bini kau mengandung takkan kau nak biar melepek je rumah berselerak kan? Takkan kau nak bini engkau yang dalam pantang tu lipat kain?

Imran Bard.

Imran juga berkata ibunya menjelaskan golongan lelaki perlu belajar untuk melakukan kerja wanita tetapi tidak semua wanita boleh melakukan kerja lelaki.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 2.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Puji Cara Didikan Ibu Imran Bard Kepada Anak-anak Lelaki

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang memberi reaksi positif terhadap pendedahan oleh Imran Bard berkaitan didikan ibunya kepada anak-anak lelaki berkaitan kerja rumah.

Boleh dikatakan ramai yang bersetuju bahawa golongan lelaki juga perlu belajar untuk menguruskan rumah dan mereka juga berpendapat sikap tersebut boleh menyemarakkan lagi rasa sayang isteri kepada suami.

“Memang function ya lelaki pandai buat kerja. Syukur dapat suami pandai buat kerja. Sebab kalau mengandung, memang tak larat. Alhamdulillah,” kata netizen.

Malah, ada juga netizen yang turut melatih anak-anak mereka melakukan perkara sama meskipun masih kecil lagi.

“Anak aku semua lelaki, umur lima tahun aku dah ajar buat kerja rumah. Alhamdulillah yang sulung tujuh tahun dah pandai urus rumah,” ujar seorang netizen.

Selain itu, sesetengah netizen wanita berkata perkara sebaliknya pula berlaku kepada mereka apabila diajar untuk melakukan kerja-kerja lelaki seperti memunggah pasir dan membacuh simen kerana tidak mempunyai adik-beradik lelaki yang ramai.

Sumber: TikTok

Profil Imran Bard

Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin dilahirkan pada tanggal 18 Oktober 2001 dan kini berusia 22 tahun.

Influencer ini yang merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik mula aktif di TikTok sejak Julai 2021 sebelum menjadi popular sehingga meraih pelbagai tawaran.

Sumber: Instagram @imranbard

Imran Bard yang berketinggian sekitar 180 meter pernah menjadi salah seorang model yang memperagakan koleksi pakaian dari pereka fesyen terkenal iaitu Hatta Dolmat.

Bukan itu sahaja, Imran Bard juga tersenarai dalam kategori Digital Influencer Tergempak dalam majlis Gempak Most Wanted Awards 2022.

Baca Artikel Berkaitan: Video Viral ‘Gwenchana’ Imran Bard Popular Di Korea, Siap Masuk TikTok Taman Tema Everland


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd