Now Reading
Imran Bard & 3 Lagi ‘Abang Bazaar Ramadan’ Jual Tealive Sempena Bulan Puasa

Imran Bard & 3 Lagi ‘Abang Bazaar Ramadan’ Jual Tealive Sempena Bulan Puasa

Empat orang selebriti yang akan menjadi ‘Abang Bazaar Ramadan’ dengan menjual Tealive adalah Fikry Ibrahim, Imran Bard, Mark O’Dea dan Mierul Aiman.

4 Selebriti Jual Tealive Demi Raih RM25,000 Untuk Beri Kepada 4 Badan Amal (6)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sempena bulan Ramadan yang dijangka bakal disambut pada 23 Mac ini, jenama minuman terkenal iaitu Tealive tidak turut ketinggalan untuk menyambut bulan puasa dengan kempen terbaharu mereka.

Dalam kempen terbaharu ini, empat orang selebriti akan ‘menjual’ pelbagai kombinasi minuman dan makanan ringan di bawah konsep yang unik iaitu ‘Bang Bang Bazaar Ramadan’.

Mesti ada tertanya-tanya, siapa empat orang selebriti yang akan dikenali sebagai ‘Abang Bazaar Ramadan’ dalam kempen ini?

Empat orang selebriti itu adalah:

Penyertaan keempat-empat selebriti ini dalam kempen terbaharu baru sahaja diumumkan oleh Ketua Pegawai Pemasaran dan Digital Loob Holding Sdn Bhd Ng Yau Chuan pada hari ini (14 Mac) di Tealive Sri Petaling.

4 Selebriti Jual Tealive Demi Raih RM25,000 Untuk Beri Kepada 4 Badan Amal (6)

Dana Kutipan Jualan Kombo ‘Bang Bang Bazaar Ramadan’ Akan Disalur Kepada 4 Badan Amal

Kempen ini diadakan bertujuan meraih dana sebanyak RM25,000 untuk disalurkan kepada empat badan amal kebajikan yang terlibat iaitu:

  • Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)
    • Menjaga kanak-kanak yang disahkan menghidap HIV/AIDS.
  • Yayasan Food Bank Malaysia
    • Melaksanakan usaha mengurangkan pembaziran makanan sambil menangani masalah peningkatan kos sara hidup, khususnya golongan miskin atau golongan B40.
  • Yayasan Budi Ihsan Malaysia (VBIM)
    • Menjaga fakir miskin dan keluarga asnaf (individu fakir dan terpinggir yang berhak menerima zakat) tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
  • Persatuan Sindrom Down Malaysia
    • Menjaga kesejahteraan individu Sindrom Down dan keluarga mereka di seluruh Malaysia.
4 Selebriti Jual Tealive Demi Raih RM25,000 Untuk Beri Kepada 4 Badan Amal (6)
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Ng Yau Chuan dalam ucapannya berkata kempen ini merupakan salah satu langkah yang dilakukan oleh Tealive untuk mengambil berat tentang masyarakat Malaysia dengan cara membantu antara satu sama lain.


Tambahnya lagi, penerima manfaat adalah semua pertubuhan kebajikan yang layak dan telah memberi faedah kepada sebilangan besar masyarakat.

Kami ingin memupuk semangat mengambil berat terhadap orang lain dalam kalangan golongan muda, yang kebanyakannya adalah pelanggan kami. Kami bekerjasama dengan influencer media sosial yang mempunyai peminat daripada kalangan anak muda, jadi sesuailah untuk kami bekerjasama demi kebaikan bersama.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Digital Loob Holding Sdn Bhd Ng Yau Chuan

Setiap seorang daripada mereka akan mempromosikan satu kombo vang mewakili satu badan amal. Setiap badan amal akan menerima RM5,000 dan badan amal dengan kombo yang paling laris akan mendapat RM10,000.


Kombo Yang Diperkenalkan Oleh Tealive Sempena Kempen ‘Bang Bang Bazaar Ramadan’

Kempen ‘Bang Bang Bazaar Ramadan’ yang berlangsung dari 15 Mac hingga 30 April ini akan terdiri daripada beberapa kombo menarik seperti:

  1. Kombo Fikry: 2 kopi dengan harga RM16 di bawah Fikry Ibrahim untuk YBIM.
  2. Kombo Imran: 1 minuman dan 1 Snek (Popcorn Chicken / Chicken Roll) dengan harga RM16 di bawah Imran Bard untuk Yayasan Food Bank Malaysia.
  3. Kombo Mark: 2 minuman Sunquick baharu dengan harga RM16 di bawah Mark O’Dea untuk Persatuan Sindrom Down Malaysia.
  4. Kombo Mierul: 2 minuman Bang Bang dengan harga RM16 di bawah Mierul Aiman untuk PERNIM.
4 Selebriti Jual Tealive Demi Raih RM25,000 Untuk Beri Kepada 4 Badan Amal (6)
4 Selebriti Jual Tealive Demi Raih RM25,000 Untuk Beri Kepada 4 Badan Amal (6)

Kombo ini boleh didapatkan di semua cawangan Tealive seluruh Malaysia! 🥳


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd