Kuali Besi Berkarat? Lelaki Kongsi Langkah-langkah Untuk ‘Season’ Kuali
Cara untuk elakkan kuali besi daripada berkarat adalah dengan melakukan proses ‘seasoning’ yang menghasilkan satu lapisan di permukaan kuali.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi yang biasa ke dapur, pasti tahu ada pelbagai jenis perkakas memasak seperti periuk ‘non-stick’, kuali besi dan belanga.
Mungkin periuk ‘non-stick’ menjadi pilihan ramai kerana ciri-cirinya yang menghalang makanan daripada melekat, namun ada juga yang lebih menggemari kuali besi kerana ia lebih serba guna.
Pernah tak kuali besi korang jadi berkarat walaupun dicuci bersih dan disimpan rapi? Sebenarnya, kuali besi yang baru dibeli perlu diproses terlebih dahulu sebelum digunakan.
Proses ini dinamakan ‘seasoning’ yang akan menghasilkan satu lapisan di permukaan kuali. Lapisan ini dapat mengelakkan kuali besi daripada berkarat serta tahan lebih lama.
Cara ‘Season’ Kuali Besi
Seorang pengguna X (@Dapoq_pdot) menunjukkan cara-cara untuk ‘season’ kuali besi.
Pertama, kuali yang baru dibeli perlu dicuci terlebih dahulu menggunakan sabun dan digosok dengan span besi. Jangan risau kuali calar kerana perkara itu adalah biasa.

Langkah ini dilakukan bagi membuang kesan minyak daripada kilang sewaktu penghasilan kuali. Jangan lupa untuk gosok bahagian bawah kuali juga.
Seterusnya, periuk yang telah dicuci perlu dibakar di atas api sehingga bertukar ke warna perang atau biru. Sentiasa ubah kedudukan periuk supaya kesemua bahagiannya dapat dibakar sama rata.
Setelah periuk bertukar warna, letakkan sedikit minyak dan ratakan ke seluruh permukaannya.

Kemudian, buang minyak tadi dan cuci semula kuali menggunakan air sahaja. Pastikan untuk gosok permukaan periuk tadi.
Kuali itu perlu diletakkan semula ke atas api dan ditambah semula minyak. Berbanding dengan cara melenggang kuali, gunakan tisu untuk meratakan minyak ke permukaan kuali.
Langkah ini boleh diulang dua hingga tiga kali untuk menjadikan kuali besi korang lebih anti lekat atau ‘non-stick’. Tapi kena ingat, ‘seasoning’ tidak akan membuatkan kuali besi sepenuhnya ‘non-stick’.
Uji ‘Seasoning’ Kuali Besi
‘Seasoning’ kuali besi boleh diuji menggunakan pelbagai bahan. Ada yang menggoreng bawang-bawangan, tetapi lebih ramai menggunakan cara memasak telur mata.
Apabila menggunakan kuali besi ketika memasak, mestilah kena masak dengan sedikit minyak walaupun perkakas telah di ‘season’. Kalau tak, makanan akan melekat pada kuali itu.
Jadi, pastikan korang tambah sedikit minyak sebelum menggoreng telur seperti biasa. Jika telur tidak melekat pada kuali, bermakna ‘seasoning’ pada permukaannya telah sempurna.

Apabila ingin menggunakan semula kuali pada masa lain, pastikan untuk lakukan kaedah ‘pre-season’ dengan cara meratakan minyak ke seluruh permukaannya.
PENTING: Proses ‘seasoning’ ini hanya dilakukan bagi kuali besi dan bukan yang diperbuat daripada keluli tahan karat (stainless steel).
Sumber: @Dapoq_pdot | mStar
Cara takmau bagi belanga melekat pic.twitter.com/k0ptK6S8Sf
— Pdot Is Cookin (@Dapoq_pdot) October 6, 2023
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.