Now Reading
BloomThis Buka Kedai Kedua Di HQ Petaling Jaya, Dah Boleh Walk-In Untuk Beli Bunga!

BloomThis Buka Kedai Kedua Di HQ Petaling Jaya, Dah Boleh Walk-In Untuk Beli Bunga!

Cawangan terbaharu BloomThis ini juga mempunyai ruangan khas untuk membolehkan aktiviti komuniti seperti gubahan bunga dianjurkan.

BloomThis Lancar Kedai Bunga & Cenderahati Terbaru Di Petaling Jaya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


BloomThis, platform jualan cenderahati secara on-demand ulung Malaysia mengumumkan pembukaan kedai fizikal terbaharu yang terletak di Petaling Jaya.

Meraikan ulang tahun kelapan operasi perniagaan, BloomThis terus berkembang maju dengan menceburi jualan runcit secara fizikal menerusi pengalaman membeli yang mudah dan menyeluruh kepada pelanggan.

Pelancaran kedai fizikal terbaharu BloomThis ini merupakan satu lagi detik bermakna dalam strategi pengembangan BloomThis untuk memperhebatkan lagi pengalaman para pelanggan mereka yang dikenali sebagai Bloomies.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Ketika BloomThis mengembangkan perniagaan melangkaui ruang digital, kedai fizikal ini menzahirkan komitmen jenama tersebut untuk memupuk rasa kebersamaan dalam kalangan komunitinya.

Pelancaran kedai jualan runcit fizikal ini selaras dengan visi BloomThis dalam mendefinisikan semula seni memberi hadiah dan gubahan bunga menerusi pengalaman yang diperibadikan untuk pelanggan.

Kami menyedari kepentingan untuk berurus niaga dengan pelanggan secara bersemuka selepas kami bertapak kukuh dalam landskap e-dagang. Kedai fizikal ini menjadi penanda kepada misi kami untuk mewujudkan hubungan yang lebih mendalam dengan masyarakat dan memperhebat interaksi mereka dengan BloomThis.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif BloomThis, Giden Lim.
Sumber: BloomThis

Hasrat tersebut dizahirkan menerusi pelancaran kedai fizikal pertama BloomThis pada Mac lalu dengan kerjasama KPJ Healthcare.

Pelan perniagaan strategik ini akan membolehkan BloomThis mengembangkan pelaburannya melangkaui portfolio e-dagang sedia ada.

Dengan pembukaan cawangan kedai fizikal tambahan ini, ia dapat mengukuhkan kehadiran pasaran syarikat dan komitmen BloomThis untuk memenuhi keperluan dan pilihan pelanggan di pelbagai lokasi. 

Sumber: Siti Murni/TRP

BloomThis yang juga diiktiraf sebagai salah satu syarikat Endeavor Malaysia, menyimpan matlamat untuk memanfaatkan kedai fizikal terbaharunya bagi melonjakkan jualan sebanyak dua kali ganda dan meluaskan jumlah pelanggannya, sekali gus mengembangkan BloomThis ke tahap seterusnya.

Objektif ini bersifat serampang dua mata iaitu untuk meningkatkan jualan dan memupuk perkembangan syarikat pada masa hadapan. 

Selain daripada mencipta pengalaman membeli-belah yang menarik untuk pelanggan, lokasi kedai fizikal baharu mereka turut menampilkan tawaran uniknya tersendiri.

Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Ia direka bentuk dengan teliti untuk menyerlahkan keanggunan dan akan berfungsi sebagai satu manifestasi fizikal kepada komitmen BloomThis untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Cabaran mengharungi pandemik Covid-19 membuka mata kami untuk mengiktiraf nilai dalam hubungan manusia dan kami mahu menyediakan sebuah ruang untuk pelanggan kami meneliti tawaran-tawaran kami secara langsung dan merasai sendiri keajaiban BloomThis.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif BloomThis, Giden Lim.
Sumber: BloomThis
Sumber: Siti Murni/TRP

Selain daripada mempamerkan rekaan BloomThis yang unik, ruangan kedai fizikal ini juga akan berfungsi sebagai platform penglibatan komuniti.

BloomThis merancang untuk menganjurkan pelbagai bengkel dan acara serta menjemput pelanggan untuk mengekspresikan kreativiti mereka dan belajar daripada pakar-pakar gubahan bunga.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd