PRU15: Tak Pernah Ponteng Mengundi, Kisah 2 Warga Emas 94 & 98 Tahun Ini Cetus Inspirasi
Walaupun kedua-dua warga emas dari Terengganu ini sudah dimamah usia, tetapi mereka tidak pernah mengelat untuk keluar mengundi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Mengundi merupakan tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas bagi memilih pimpinan kerajaan yang akan mentadbir negara pada masa akan datang.
Pilihan Raya Umum (PRU) pertama kali dilakukan di negara ini pada 27 Julai 1955 dan Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mencatat sejarah sebagai parti politik pertama memenangi pilihan raya ini.
Dikatakan 80% rakyat pada ketika itu memilih parti pimpinan Tunku Abdul Rahman kerana menyokong dasar perjuangan mereka yang memenuhi kehendak penduduk Tanah Melayu.
‘Pokcik Mat’ Umur 94 Tahun Dari Terengganu Ini Tak Pernah Mengelat Pergi Mengundi
Rakyat Malaysia perlu mengambil contoh daripada seorang warga emas berumur 94 tahun dikenali sebagai ‘Pokcik Mat’ yang tidak pernah mengelat untuk keluar mengundi meskipun sudah dimamah usia
Memetik laporan Bernama, Pokcik Mat atau nama sebenar Muhammad Abdullah yang tinggal di Terengganu memahami tanggungjawabnya dalam menentukan tampuk pimpinan negara yang seterusnya.
Saya akan mengingatkan anak saya yang bekerja di Kuala Terengganu untuk membawa saya ke pusat mengundi apabila tiba harinya. Saya mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuang sahaja.
Salah seorang pengundi di Parlimen Kemaman ini juga meluahkan rasa kesal dengan sikap anak muda yang hanya bercakap kosong tetapi tidak keluar mengundi.
Wanita 98 Tahun Tetap Keluar Mengundi Walaupun Penglihatan Dan Pendengar Terjejas
Seorang lagi warga emas berusia 98 tahun dari Kampung Jabi, Jertih, Terengganu iaitu Wan Yah Wan Ya’akob juga tidak ketinggalan untuk keluar membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Walaupun tahap kesihatannya merosot sehingga menjejaskan penglihatan dan juga pendengarannya, Wan Yah tetap teruja untuk menjalankan tanggungjawabnya itu.
Anak kepada Wan Yah iaitu Harun Md Deli berusia 62 tahun juga tidak keberatan untuk menghantar ibunya ke pusat mengundi yang terletak dua kilometer sahaja dari rumah mereka.
Usia sebenar ibu saya mungkin sudah melebihi 100 tahun berdasarkan tanda bintang pada hujung nombor kad pengenalan. Boleh dikatakan ibu saya adalah orang paling tua di Kampung Jabi.
Harun Md Deli.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan statistik daftar pemilih sehingga 9 Oktober lalu menunjukkan seramai 922,856 pemilih di Terengganu layak mengundi bagi PRU15 kali ini.
BACA JUGA: PRU15: Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi Adalah Dilarang – SPR
BACA JUGA: PRU15: Majikan Tak Beri Kebenaran Mengundi Boleh Didenda RM5k Atau Penjara Setahun
BACA JUGA: Positif Covid-19? Ini SOP Dari KKM Untuk Keluar Mengundi Pada PRU15
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.