Now Reading
Positif Covid-19? Ini SOP Dari KKM Untuk Keluar Mengundi Pada PRU15

Positif Covid-19? Ini SOP Dari KKM Untuk Keluar Mengundi Pada PRU15

Antara SOP yang dikeluarkan oleh pihak KKM adalah pengundi positif Covid-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam, termasuklah Grab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, beberapa hari lagi rakyat Malaysia bakal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia iaitu membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hari pengundian PRU15 kali ini dijadualkan berlangsung pada 19 November 2022.

Walau bagaimanapun, terdapat satu soalan yang dilontarkan kepada pihak kerajaan di mana jika ada individu yang positif Covid-19 pada hari mengundi, apakah yang perlu mereka lakukan untuk melunaskan tanggungjawab iaitu keluar mengundi?

Menjengah di media sosial, kami juga mendapati ada yang mempersoalkan sama ada bilik asing akan disediakan buat para pengundi yang sah positif Covid-19 pada hari berkenaan, atau sebaliknya?

Setakat 13 November, semakan kami mendapati berikut merupakan SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini untuk individu positif Covid-19 keluar mengundi pada PRU15:

1. Pemakaian Pelitup Muka.

Ia diwajibkan bagi kesemua kes positif Covid-19. Malah, ia juga amat digalakkan bagi para pengundi lain yang tidak positif.

2. Pergi & Balik Dari Pusat Pembuangan Undi.

  • Pengundi positif Covid-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam, termasuklah Grab.
  • Pengundi positif Covid-19 hendaklah tidak singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi.
  • Pengundi positif hendaklah pulang dengan kadar segera selepas selesai mengundi.

3. Penggunaan Pensanitasi Tangan.

  • Pastikan tangan dibersihkan dengan pensanitasi tangan di tempat yang dikenalpasti semasa mengundi.
  • Membawa pensanitasi tangan sendiri adalah disyorkan.

4. Penjarakan Fizikal.

Para pengundi yang positif Covid-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat. Manakala penjarakan fizikal bagi pengundi lain juga amat digalakkan.


Dalam masa yang sama, KKM turut menjelaskan bahawa beberapa langkah am perlu diambil bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan selamat dan mengurangkan risiko jangkitan kepada pengundi lain serta petugas di pusat pengundi.

Tambahan pula, petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat mengundi bagi membantu melicinkan urusan pengundian bagi pengundi positif Covid-19.

BACA JUGA: Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Keluar Mengundi Ketika Pilihan Raya

BACA JUGA: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd