PRU15: Majikan Tak Beri Kebenaran Mengundi Boleh Didenda RM5k Atau Penjara Setahun
Perlu diingatkan bahawa majikan adalah TIDAK DIBENARKAN untuk mengenakan sebarang penalti ataupun memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja di atas sebab mengundi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)Â telah dijadualkan pada 19 November iaitu Sabtu.
Oleh itu, semalam (14 November), Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengisytiharkan cuti khas di seluruh negara pada 18 dan 19 November ini sempena PRU15.
BACA SINI: PRU15: Ismail Sabri Umum Cuti Khas 18 & 19 November Ini Seluruh Malaysia
Majikan Digesa Beri Kebenaran Pekerja Keluar Mengundi Pada PRU15
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan dalam satu kenyataan rasmi menggesa semua majikan dalam sektor swasta untuk memberikan kebenaran kepada para pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi – selaras dengan peruntukkan di bawah subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].
Dalam kenyataan sama, Kementerian tersebut juga menyarankan supaya para majikan berbincang dengan pihak pekerja berkenaan dengan pilihan untuk pemberian ‘time-off’, hari pelepasan berganti ataupun cuti tahunan bagi tujuan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Para majikan juga boleh mengambil langkah-langkah seperti memberi ‘time-off’ kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian yang berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.
Manakala bagi pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat mengundi, disarankan untuk mengambil cuti tahunan.
Majikan Boleh Dikenakan Denda RM5,000 Atau Penjara Setahun Jika Tak Benarkan Pekerja Mengundi
Perlu diingatkan bahawa majikan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk mengenakan sebarang penalti ataupun memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja di atas sebab mengundi.
Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah subseksyen 25(1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 ataupun penjara setahun jika disabitkan kesalahan.
BACA JUGA: Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Keluar Mengundi Ketika Pilihan Raya
BACA JUGA: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna
BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.