Now Reading
PRU15: Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi Adalah Dilarang – SPR

PRU15: Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi Adalah Dilarang – SPR

Sebagai langkah peringatan, SPR juga akan meletakkan notis/poster larangan tersebut di luar dan di dalam tempat mengundi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (14 November), Unit Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi satu kenyataan rasmi telah menerangkan secara terperinci tentang penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran).

Dalam kenyataan media berkenaan, pihak SPR memaklumkan kepada semua pengundi bahawa penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah TIDAK DIBENARKAN.

BACA JUGA: PRU15: Majikan Tak Beri Kebenaran Mengundi Boleh Didenda RM5k Atau Penjara Setahun

Gambar sekadar hiasan.

Sebagai langkah peringatan, SPR juga akan meletakkan notis/poster larangan tersebut di luar dan di dalam tempat mengundi.

Nak Letak Telefon Bimbit Di Mana?

SPR telah menetapkan bahawa pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi.

Pelaksanaan tatacara pengundian yang baru ini boleh dirujuk menerusi poster Tatacara 10 Langkah Pengundian di bawah yang menjelaskan proses pengundian sepenuhnya.

“Maklumat lanjut tentang tatacara ini juga telah dimuat naik di laman sosial SPR,” jelas SPR dalam kenyataan tersebut.

SPR dalam masa yang sama menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab mana-mana orang yang dibenarkan hadir dalam urusan berkaitan pilihan raya untuk memelihara kerahsiaan maklumat pengundian dalam pilihan raya sebagai mana termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sehubungan itu, SPR menyeru kesemua pengundi untuk mematuhi langkah-langkah pengundian yang telah ditetapkan ini ketika berada di tempat mengundi (saluran) kelak.

Unit Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Tatacara Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Buat para pengundi kali pertama, anda boleh menonton video yang dikeluarkan oleh pihak SPR ini untuk melihat tatacara sebenar sebelum keluar mengundi pada 19 November nanti.

Selamat mengundi! 😉

BACA JUGA: PRU15: Majikan Tak Beri Kebenaran Mengundi Boleh Didenda RM5k Atau Penjara Setahun

BACA JUGA: Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Keluar Mengundi Ketika Pilihan Raya

BACA JUGA: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd