Burger King Perkenal ‘Kawan’ Baru: The Garlic Mayo Burger. Siap Boleh Menang iPhone 15 & Baucar Tunai RM100!
Pelanggan yang membeli set hidangan Garlic Mayo berpeluang memenangi iPhone 15 atau baucar bernilai RM100 dalam bentuk tunai apabila menaiktaraf set hidangan dengan minuman NESTLÉ®.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Calling all burger lovers!
Burger King kini memperkenalkan satu sentuhan baru kepada hidangan kegemaran peminat mereka iaitu Burger Garlic Mayo! Untuk korang yang mungkin menyukai hidangan yang memiliki bawang putih di dalamnya, burger baharu dari Burger King ini memang untuk korang.
Dan seperti yang kita ketahui, bawang putih merupakan bahan yang wajib ada di rumah setiap orang. Ia memiliki aroma yang digemari ramai dan tidak boleh ditolak. Kalau tengah tumis bawang putih untuk apa jua masakkan, aromanya naik satu rumah, ya!
Tapi pernah tak korang rasa burger yang ada bawang putih pula? Unik? YES.
Garlic Mayo Burger oleh Burger King
Menu terbaharu keluaran Burger King ini menggabungkan esensi yang kaya dari bawang putih, kelembutan mayonis untuk mencipta letupan rasa yang menggoda buat ‘hantu’ burger di luar sana.
Antara menu baharu yang diperkenalkan bagi siri Garlic Mayo Burger kali ini adalah:
- Garlic Mayo Whopper.
- Garlic Mayo Tendercrisps.
- Garlic Mayo Double Chick’N Crisp.
- 5 Ketul Nugget dengan Sos Mayo.
- Fries Mayo.
Terliuq!
The Taste Test
Kalau ada burger baharu, team TRP tidak melepaskan peluang untuk merasainya sendiri. Dan, seperti biasa tidak mengecewakan. Mungkin citarasa kita semua berbeza, tetapi untuk siri garlic mayo kali ini; memang marvelous.

#1. Garlic Mayo Tendercrisps: Hidangan ini menyediakan 100% filet ayam lembut dilapisi dengan sos garlic mayo memberikan rasa seimbang untuk mereka yang menyukai sos ikonik ini dan juga burger ayam yang simple.
#2. Garlic Mayo Double Chick’N Crisp: Kalau korang menyukai sesuatu yang memiliki ‘hint’ kepedasan pada burger ayam, ini pilihan tepat untuk korang. Kerangupan jalur ayam krisp penuh rasa dilimpahi dengan garlic mayo ikonik.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

(Sumber: Siti Murni/TRP)
#3. Burger Whopper Klasik: Untuk penggemar burger daging, korang WAJIB rasa burger Whopper Klasik ini. Ianya dihidangkan dengan daging 100% dan diperkaya dengan sentuhan garlic mayo. Dan satu hidangan ini memang sangat memuaskan kalau korang tengah lapar teramat.
Kenyang, beb.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Beli Set Hidangan Garlic Mayo Burger, Boleh Menang iPhone 15 Atau Baucar Tunai RM100!
Dalam kerjasama dengan NESTLÉ®, pelanggan yang membeli set hidangan Garlic Mayo berpeluang untuk memenangi iPhone 15 atau baucar bernilai RM100 dalam bentuk tunai apabila mereka menaiktaraf set hidangan mereka dengan minuman NESTLÉ®.
Sebanyak lima (5) pemenang hadiah utama dan 25 pemenang hadiah sagu hati akan dipilih setiap minggu antara 1 Oktober hingga 4 November 2023.
Minuman NESTLÉ® yang boleh dinaiktaraf adalah termasuk:
- Iced MILO®
- Iced SJORA®
- Americano (Panas/Ais)
- Latte (Panas/Ais)
- Mocha (Panas/Ais)
- Teh Tarik (Panas/Ais)
- Coklat (Panas/Ais)
- Cappuccino Panas
- Teh
Nak mencuba nasib? Boleh singgah mana-mana cawangan Burger King berdekatan hari ini juga dan jangan lupa untuk ‘upgrade’ air korang!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.