Now Reading
Pizza Hut & Mamee Monster ‘Bergabung’, Lancar Pizza Spicy Crunch

Pizza Hut & Mamee Monster ‘Bergabung’, Lancar Pizza Spicy Crunch

Bukan itu sahaja, pesan piza ini sebelum jam 4.30 petang antara 22 Mac hingga 21 April 2023 dan anda akan menikmati diskaun RM7.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berita baik buat semua peminat Piza! Pizza Hut dan syarikat snek ikonik Malaysia, Mamee Monster baru-baru ini telah bekerjasama untuk menawarkan piza serba baharu, Pizza Spicy Krunch.

Menurut Pizza Hut, pelancaran produk perayaan terbaharu ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di musim Ramadan dan Hari Raya Aidifltiri ini.

Apa beza Spicy Crunch dengan piza biasa?

Jelas Pizza Hut lagi, Spicy Krunch tidak sama seperti hidangan piza yang lain kerana ia akan mencetuskan citarasa yang luar biasa dan nostalgia manis buat para penggemar piza.

Ini kerana Pizza Spicy Krunch menampilkan kerak piza yang berintikan keju dengan bebola ayam rangup, sos pedas istimewa, dan dihidangkan bersama mi snek Lada Hitam Mamee Monster yang istimewa.

Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Pizza Hut Malaysia Emily Chong berkata, kerjasama antara Mamee Monster dan Pizza Hut sememangnya sesuatu yang tidak dijangka.

“Tetapi kami merasakan piza gabungan luar biasa ini akan menjadi juadah tumpuan ramai tanpa mengira usia khususnya sewaktu berbuka puasa dan ketika sambutan Hari Raya. Makanan adalah lebih daripada sekadar khasiat, ia adalah satu pengalaman dan piza bertujuan untuk dinikmati bersama-sama. Inilah sebabnya di Pizza Hut, kami secara konsisten berusaha untuk menginovasi piza kami untuk membuat setiap hidangan untuk pelanggan kami yang tidak dapat dilupakan.”

Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Pizza Hut Malaysia Emily Chong

Hanya Untuk Masa Terhad

Namun sama seperti Hari Raya yang hanya disambut “setahun sekali”, peluang untuk menikmati piza ini juga merupakan pengalaman sekali seumur hidup.

Bukan itu sahaja, pesan piza ini sebelum jam 4.30 petang antara 22 Mac hingga 21 April 2023 dan anda akan menikmati diskaun RM7.

Korang ada Keluarga Besar ? Jom Makan Pizza Looooooooong Party Box

Anda mempunyai keluarga yang besar? Apa kat cuba Pizza Looooooooong Party Box, hidangan yang sesuai untuk 10 kepala menjadikannya pilihan yang sempurna pada musim perayaan ini.

Wow terliur ya!

BACA JUGA: https://www.therakyatpost.com/trpbm/makan-makan/2022/09/02/pizza-hut-tawar-menu-piza-1-meter-iaitu-looooooooong-party-box-panjang-ya/

Bukan itu sahaja! Dari 27 Mac hingga April 13, hantar potret keluarga terpanjang anda dan berpeluang memenangi Kotak Pesta Raya Looooooooong kenduri oleh Pizza Hut. Keluarga terbesar menang!

Pesan sekarang melalui Aplikasi Pizza Hut atau pergi ke restoran Pizza Hut berdekatan untuk makan di restoran atau bawa pulang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Pizza Hut di sini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd