Now Reading
Burger King Tampil Dengan Menu Nachos Cheese Deluxe Sempena Sambutan Kemerdekaan [Review]

Burger King Tampil Dengan Menu Nachos Cheese Deluxe Sempena Sambutan Kemerdekaan [Review]

Burger King’s Merdeka Celebration Meals ini telah mula dijual pada 28 Julai sehingga bulan September nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Fenomena cheese kembali di Malaysia!

Kalau sebelum ini, pelbagai jenis makanan telah diolah dan dihidangkan bersama cheese termasuklah pisang goreng cheese, cempedak cheese, maggi cheese, dan banyak lagi.

‘Hantu’ keju sememangnya akan sukakan hidangan ini.

Burger King baru-baru ini telah mengumumkan menu istimewa bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan atau Burger King’s Merdeka Celebration Meals iaitu Nachos Cheese Deluxe.

Terdapat dua (2) pilihan menu untuk siri Nachos Cheese Deluxe, iaitu:

  • Nachos Cheese Deluxe Double Beef.
  • Nachos Cheese Deluxe Tendercrisp.

Menu terbaharu Nachos Cheese Deluxe keluaran Burger King ini adalah tepat pada masanya sempena menyambut musim Merdeka sebagai sebahagian daripada tawaran baharu dengan sentuhan lazat dan creamy kepada hidangan ikonik ini.

Burger King ingin memupuk semangat perpaduan sempena Hari Merdeka dengan mengumpulkan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat melalui cinta bersama terhadap makanan, terutamanya keju.

Burger King Malaysia.

“The Taste Test”

Team TRP telah disajikan dengan menu Burger King’s Merdeka Celebration Meals ini dan kami amat berbangga dapat menjadi antara yang terawal merasainya. Dan semestinya, jika mengikut tekak dan selera kami – tidak mengecewakan.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Pattie daging Nachos Cheese Double Beef Burger memang sangat padat disaluti pula dengan daun selada rangup, sos tomato masam, mayonis, dan hirisan keju yang akan menyempurnakan lagi hidangan burger ini.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Apa yang membuatkan burger ini lebih marvelous adalah sos nacho cheese.

Memang meleleh air liur, ya.

Dan semestinya, hidangan burger ini ibarat tak sempurna jika tiada kentang (fries). Kalau nak buat ‘ghaso-ghaso’, boleh cuba cicah kentang dengan sos nacho cheese pada burger sikit.

TBH, sedap juga walaupun tak cukup sos untuk cicah kentang.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Verdict?

Mungkin tidak semua orang akan menyukai menu baharu daripada Burger King ini sebab terlalu banyak keju. Mana tidaknya, ada kepingan keju, ada pula sos berasaskan keju. Kalau nak mencuba buat kali pertama, mungkin boleh kongsi bersama seorang lagi rakan dan potong dua. Kalau makan seorang, mungkin akan ‘jelak’ sedikit bagi anda yang tidak menggemari keju.

Untuk hidangan ini, kami beri rating 8/10. (Sebab kami suka keju).

NOTA: Setiap pembelian set Merdeka Celebration Meals Burger King ini akan didatangi dengan kentang (M) dan juga air (M). Jadi, bagi kami harga yang ditawarkan memang berbaloi. Dapat burger, kentang, dan juga air.


Burger King’s Merdeka Celebration Meals.

Menu Burger King’s Merdeka Celebration Meals ini akan tersedia bermula dari 28 Julai 2023 hingga September 2023, di semua cawangan Burger King di seluruh negara dan juga boleh dipesan melalui platform penghantaran makanan terpilih.

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.

Baca Artikel Berkaitan: Burger King Perkenal Sos Baharu, Black Pepper Mayo. Burger Ikonik Whopper Pun Ada! [Review]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd