Now Reading
Burger King Perkenal Sos Baharu, Black Pepper Mayo. Burger Ikonik Whopper Pun Ada! [Review]

Burger King Perkenal Sos Baharu, Black Pepper Mayo. Burger Ikonik Whopper Pun Ada! [Review]

Gabungan bahan-bahan unik di dalam sos baharu ini akan mewujudkan rasa ‘creamy’ pada burger ikonik Burger King iaitu Black Pepper Mayo Whopper dan Black Pepper Mayo Tendergrill.

burger king black pepper mayo

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sebut sahaja ‘Burger King’, dalam kepala automatik muncul burger Whopper!

Restoran makanan segera itu baru-baru ini mengumumkan kemunculan menu baharu dan anda semestinya perlu bersedia untuk merasai sendiri sos baru yang boleh dikatakan ‘perfect combination’ iaitu Black Pepper Mayo.

Sos ini dihasilkan dengan campuran lada hitam wangi dan creamy.

Gabungan bahan-bahan unik di dalamnya akan mewujudkan rasa creamy pada burger ikonik mereka iaitu Black Pepper Mayo Whopper dan Black Pepper Mayo Tendergrill. Tekstur creamy dan pedas membuatkan rasa burger ini lebih sedap.


[Review]

Team TRP diberikan peluang untuk merasai sendiri burger baharu keluaran Burger King dan kami sememangnya berpuas hati dengan menu baharu ini, terutamanya Black Pepper Mayo Whopper (sebab kami penggemar burger daging).

Gigitan pertama memang terus dapat rasa daging yang telah dipanggang sehingga rangup dengan campuran timun masam, ketchup, tomato segar, bawang, dan dilimpahi pula dengan sos Black Pepper Mayo di mana ia disajikan di atas roti bijan.

Bukan setakat burger sahaja, Black Pepper Mayo ini juga ditambah di dalam fries iaitu kepingan kentang rangup berwarna emas dan disaluti pula dengan sos ikonik baharu ini dengan sedikit rasa kepedasan.

Nota: Untuk korang yang tak suka rasa ‘creamy’ dan pedas, mungkin korang boleh cuba dahulu dan lihat sendiri sama ada kena atau tidak dengan tekak.

Black Pepper Mayo Whopper, Black Pepper Mayo Tendergrill, Black Pepper Mayo Fries, dan nugget 5 keping dengan sos Black Pepper Mayo.

Overall, kami beri 8/10 untuk rating.


Peraduan ‘Giveaway’ The Black Pepper Mayo

Burger King berkolaborasi dengan Coca-Cola mengadakan peraduan di mana pelanggan yang membeli set hidangan Large Black Pepper Mayo antara 19 Jun hingga 23 Julai berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

Lima (5) pemenang bertuah akan membawa pulang Airpods Max dan 50 lagi akan menerima baucar tunai bernilai RM100 dalam tempoh pertandingan berlangsung.

Cara untuk menyertai mudah sahaja:

  • Beli set hidangan Large Black Pepper Mayo.
  • Tulis nama lengkap dan nombor telefon di resit.
  • Ambil gambar resit tersebut.
  • Imbas kod QR atau melawat https://tinyurl.com/BlackPepperMayoXAirpodsMax.
  • Isi borang Google untuk muat naik resit dan menghantar penyertaan.

Siri Black Pepper Mayo kini boleh didapati di semua cawangan Burger King di seluruh negara dan juga boleh ditempah melalui platform penghantaran makanan terpilih.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.burgerking.com.my/.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd