Now Reading
Jenama Vape Kardinal Perkenal Koleksi ‘Lumina’ Dengan 27 Perisa Menarik. Design Pun Sleek & Stylish!

Jenama Vape Kardinal Perkenal Koleksi ‘Lumina’ Dengan 27 Perisa Menarik. Design Pun Sleek & Stylish!

Lumina merupakan salah satu produk pod tertutup pertama di pasaran yang mempunyai mod lampu berwarna-warni yang menarik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berita baik buat pengguna produk-produk alternatif rokok, jenama vape, Kardinal telah memperkenalkan barisan koleksi produk baharu mereka iaitu Lumina.

Lumina ialah peranti ‘closed-pod’ (pod tertutup) inovatif yang menyatukan gaya estetik dengan prestasi untuk memastikan supaya masa depan bebas-asap akan lebih bergaya dan menyenangkan.

Bersempena dengan pengenalan Lumina itu, kami telah berpeluang untuk melakukan review pada peranti pod tertutup ini.


[Review]

Sumber: TRP

#1: Throat Hit

Kami berkesempatan untuk mencuba sendiri peranti pod Lumina ini dengan beberapa jenis perisa cecair keluaran Kardinal Stick yang sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia. 

Sejujurnya pada sedutan pertama, kami dapat merasai sendiri tekak seakan-akan terkejut menerima satu rasa yang agak keras namun ‘memuaskan’. 

Jadi kami boleh katakan, peranti ini sesuai untuk korang yang gemarkan rasa yang sensasi di setiap sedutan. 

#2: Nicotine Hit (5mg) 

Jika dahulu, kandungan-kandungan Nikotin dalam sesebuah jenama cecair vape pastinya berada pada tahap sekitar 10mg hingga 12mg. 

Kandungan nikotin yang tinggi akan menyebabkan para perokok menjadi ketagih dan semakin sukar untuk berhenti. 

Disebabkan itu, cecair pod jenama Kardinal Stick ini mengandungi 5mg nikotin sahaja bagi setiap flavour di mana ia boleh menjadi alternatif terbaik buat para perokok di luar sana.

Mengikut pengalaman kami, setelah merasai pod ini selama beberapa hari, perasaan ketagih untuk merokok mulai menghilang.

#3. Jumlah Asap

Bercakap tentang ketebalan asap pula, pod Lumina ini menghasilkan asap yang tidak terlalu tebal! 

Jadi pada pendapat kami, ia tidak mengganggu persekitaran dengan kehadiran asap yang berkepuk-kepuk – yang pastinya membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa. 

Berdasarkan pengalaman kami pula, asap yang dihasilkan oleh pod ini seakan sama dengan asap yang dikeluarkan semasa menghisap rokok.

#4. Rumusan

Satu yang pasti, setiap sedutan ini tidak akan membuatkan korang terasa pening sebaliknya cukup untuk memberikan kepuasan yang tekak korang mahukan.

Selain itu, sistem vape yang menggunakan kartrij pakai buang ini juga akan memudahkan urusan harian korang. Tak perlu serabut nak beli flavour dan isi secara manual lagi.

Jadi jika korang inginkan vape yang simple, cantik dan mampu memuaskan keperluan tekak korang tanpa dikelilingi asap tebal, apa kata cuba Lumina ini.

Sumber: TRP

PSA: Jadilah pengguna yang bertanggungjawab untuk tidak menghembuskan asap sesuka hati terutamanya jika terdapat kanak-kanak dan warga emas di sekeliling.


Lumina Tawar Design Lebih Sleek & Stylish!

Bila bercakap tentang design pula, kaki vape di luar sana mestilah menginginkan sesuatu yang cantik dan stylish, kan? Barulah boleh flex sikit!

Peranti pod jenama Lumina ini direka dengan bentuk ramping diikuti jalur lampu LED berganda elegan yang akan ‘mewarnai’ setiap sedutan korang! 

Malah, ia turut dilengkapi dengan cip K6 baharu dan ceraKoil™ generasi keenam—iterasi terkini gulungan seramik bersih milik Kardinal—bersama dengan pod KSpod terkini 2.5ml.

Lumina direka untuk memberikan kepuasan lebih lama berbanding peranti sebelum ini.


Next Level Performance & Tahan Lebih Lama

Dari segi ketahanan pula, walaupun pod Lumina ini hanya seberat 19g (tidak termasuk pod) dan dibungkus dalam siluet ramping (118.46 x 19.6 x 10.6mm), ia boleh dicaj sepenuhnya dalam hanya 20 minit untuk kegunaan sepanjang hari kerana kecekapan tenaga cip K6 yang luar biasa.

Sumber: TRP

Pod KSpod baharu berkapasiti 2.5ml kini dilengkapi dengan gulungan ceraKoil™ generasi keenam, iaitu gulungan seramik PLF 5 serta mikropori seramik untuk rasa yang lebih baik.


Sumber: TRP

Bersama dengan cip K6, inovasi ini meningkatkan ketepatan aliran udara peranti dan menjamin tarikan yang lebih lancar dengan sensasi lebih padu!


Praktikal & Estetik

Warna apa yang ada? Ha, korang jangan risau sebab warna-warna yang ditawarkan sememangnya warna kesukaan ramai.

Ada dalam lima warna matte yang bold iaitu:

  • Coral Red.
  • Moss Green.
  • Slate Grey.
  • Champagne Gold.
  • Oceanic Blue.

Sumber: Kardinal

Kesemua peranti Lumina dilengkapi dengan mod cahaya berwarna-warni di mana ia sangat bergaya dan praktikal.

Korang hanya perlu mengetuk port USB tiga kali untuk menukar antara mod cahaya standard dan berwarna-warni.

Dan yang lagi cool, mekanisme ketukan ini juga menjadi sistem kunci untuk kanak-kanak. Hanya ketuk lima kali pada port USB, dan Lumina akan bertukar pada mode kunci.

Inovasi ini jelas menunjukkan jenama Kardinal amat serius tentang had umur untuk penggunaan peranti rokok elektronik ini.


27 Perisa Unik Buat Pengguna Lumina

Lumina muncul dengan 27 rasa yang memukau di mana setiap satu diberikan ‘artisanal treatment’ yang sama sejak Kardinal bermula sebagai pengeluar e-liquid popular.

Sumber: Kardinal

Antara flavour yang ada:

  • Tobacco
    • Classic 
    • Light 
  • Minuman:
    • Lemon Cola 
    • Lemon Soda 
    • Lemon Mint Black Tea
    • Lemonade 
    • Mineral 
    • Southern Peach Iced Tea
  • Mentol:
    • Mint
  • Dessert:
    • Mung Bean Ice
    • White Slush 
    • Taro Ice Cream
    • Chocolate Mint
    • Yogurt 
    • Strawberry Candy 
  • Buah-buahan:
    • Mango 
    • Banana 
    • Guava 
    • Peach 
    • Watermelon
    • Green Apple
    • Grape 
    • Mandarin
    • Lychee 
    • Pineapple
    • Blueberry
    • Grape Apple

Lumina dijual pada harga RM75 dan pod KSpod Lumina berukuran 2.5ml dijual pada harga RM14 sahaja.

Produk Lumina ini boleh didapati di semua lokasi yang disahkan.

KLIK SINI untuk mencari kedai yang menawarkan produk Kardinal Stick dan untuk maklumat lanjut boleh terus layari Facebook, Instagram Kardinal.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd