Now Reading
Ramai Wanita Nak Kurus Dalam Tempoh Masa Singkat, Boleh Ke?

Ramai Wanita Nak Kurus Dalam Tempoh Masa Singkat, Boleh Ke?

Oleh kerana wanita membakar kalori yang lebih rendah berbanding lelaki, kadar pengurangan berat badan juga menjadi perlahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut tentang kecantikan tidak kiralah wanita muda atau yang sudah berusia, pastinya ia adalah impian yang ingin dicapai oleh kaum hawa. Siapa je tak nak muka dan badan yang menawan, betul tak?

Tetapi mungkin disebabkan rutin harian yang terlalu sibuk membuatkan golongan hawa tidak sempat untuk mengamalkan pemakanan yang sihat atau melakukan aktiviti senaman secara konsisten.

Namun, gaya kehidupan seperti ini boleh mempengaruhi keadaan tubuh badan kita menjadi semakin ‘berisi’ atau tidak yakin dengan diri sendiri.


Wanita Bakar Kalori Lebih Rendah Berbanding Lelaki

Kalau anda perasan, terdapat banyak barangan dan produk untuk menguruskan berat badan yang dijual di pasaran seperti bengkung, produk minuman dan sebagainya.

Boleh dikatakan kebanyakan produk itu menyasarkan golongan wanita sebagai ‘target market’ kerana jika dibandingkan dengan lelaki, kaum hawa lebih mengambil berat tentang penampilan diri mereka.

Mana tidaknya, kalau pipi tiba-tiba nampak tembam, terus rasa macam nak pergi jogging waktu itu juga.

Untuk pengetahuan anda, wanita sememangnya mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk naik berat badan berbanding lelaki kerana mempunyai Kadar Metabolisme Sewaktu Rehat (RMR) yang rendah.

Sumber: Pexels

Ini kerana wanita hanya membakar jumlah kalori yang sedikit untuk mengekalkan fungsi asas kehidupan mereka seperti proses pernafasan, penghadaman, dan penyingkiran bahan buangan.

Oleh kerana wanita membakar kalori yang lebih rendah berbanding lelaki, kadar pengurangan berat badan juga menjadi perlahan.

Walaupun mengamalkan diet biasa dan tidak mengambil makanan yang boleh menambahkan berat badan, wanita tetap akan mempunyai berat badan yang lebih tinggi daripada lelaki.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Kenapa Wanita Lagi Cepat ‘Naik Badan’ Dari Lelaki. Ini Sebabnya!


Tips Untuk Turunkan Berat Badan

Proses untuk menurunkan berat badan itu bukanlah sesuatu yang mustahil kerana terdapat ramai individu yang sudah berjaya melakukannya.

Jadi jom kami kongsikan beberapa tips kepada anda yang berazam untuk menurunkan berat badan pada tahun ini. Antaranya:

  • Bersenam sekurang-kurangnya 45 sehingga 90 minit dalam sehari.
  • Amalkan makanan yang lebih sihat seperti salad dan elakkan pengambilan makanan yang manis serta fast food.
  • Minum sekurang-kurangnya tiga liter air kosong dalam sehari.

Waktu awal-awal memang susah sikit nak mulakan, tapi jangan putus asa okay? You got this!

Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Obses Untuk Jadi Kurus Tanda Alami Gangguan Mental. Ini 6 Punca Anda Perlu Tahu

Sumber: Pexels

Mesin EXION Bantu Selesaikan 4 Jenis Masalah Dialami Para Wanita

Tetapi sekiranya anda mahu mencuba kaedah lebih unik, BTL Aesthetics baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah mesin dikenali sebagai EXION yang membolehkan pakar perubatan menyasarkan pelbagai bahagian tubuh bagi menangani masalah berkaitan kecantikan.

Dengan penggunaan teknik pembentukan semula subdermal yang canggih ini, ia dapat menjamin keselesaan pengguna dengan tempoh pemulihan (downtime) yang minimum atau tiada langsung.

Selepas buat rawatan, boleh sahaja meneruskan rutin harian seperti biasa tanpa sebarang halangan.

Mesin EXION.

EXION direka bentuk untuk merawat lebih 23 bahagian tubuh, daripada zon muka seperti periorbital dan dahi, sehingga ke bahagian tubuh yang lebih luas, termasuk lengan, perut, paha dan punggung.

Mesin 4-dalam-1 ini mempunyai empat jenis aplikator yang canggih seperti:

  • FRACTIONAL RF: Menggunakan teknologi ‘microneedling’ untuk mengetatkan dan memperbaiki tekstur kulit.
  • FACE: Merangsang pengeluaran asid hyaluronik semula jadi tanpa jarum.
  • BODY: Memperbaiki kulit kendur dan pemendapan lemak dengan cekap.
  • EMFEMME 360: Memulihkan kesihatan intim wanita dengan cepat dan tanpa mengalami sebarang ketidakselesaan.
Sekitar Majlis Pelancaran BTL EXION (kiri ke kanan): Dr Lynda Quah, Pengarah Urusan & Doktor Estetik Revival Medical Clinic; Dr Nurul Ain Abdullah, Pengasas & Pengarah Perubatan Alainn Clinic; Rebecca Arthur, Pengurus Negara Peranti Perubatan BTL Aesthetics; Dr Joann Law, Pengasas & Pengarah Perubatan Mira Clinic; dan Dr Valynne Ng, Pengarah Klinikal Clinic RX).

Sebagai wanita, pelbagai aspek tubuh badan yang perlu dijaga kerana kita semua mahu menggunakannya untuk tempoh yang lama, betul tak?

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua terutamanya kaum hawa untuk terus bersemangat untuk tampil lebih cantik dan sihat!

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi Rawatan Efektif Untuk 2 Jenis Parut Jerawat Di Muka

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini Cara Terbaik Anak Muda Jaga Kulit Wajah

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Ilmu Buat Anda Yang Pertama Kali Pakai Retinol


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd