Now Reading
Wanita Ini Kongsi Ilmu Buat Anda Yang Pertama Kali Pakai Retinol

Wanita Ini Kongsi Ilmu Buat Anda Yang Pertama Kali Pakai Retinol

Retinol adalah sejenis vitamin A yang boleh melambatkan proses penuaan pada kulit wajah seseorang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila usia semakin meningkat, pastinya ramai wanita yang mula prihatin dengan penjagaan kulit wajah bagi mengelakkan mereka tidak kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar.

Selain kerap melakukan rawatan wajah (facial treatment) di spa, antara produk penjagaan muka yang sering digunakan oleh wanita bagi membolehkan mereka kelihatan awet muda adalah Retinol.

Mesti ramai yang pernah dengar tentang Retinol kan? Apa sebenarnya Retinol ini?


Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Retinol

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @ezzahnor), wanita ini telah berkongsi beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum anda menggunakan produk Retinol dalam rutin penjagaan wajah.

Sumber: Pexels
Apa itu retinol?

Retinol adalah sejenis vitamin A dan mempunyai fungsi yang sama seperti Accutane. Tetapi apa yang membezakan Accutane yang dengan Retinol adalah ia perlu disapu pada muka dan bukannya dimakan seperti Accutane.

Retinol boleh menyebabkan kulit anda mengering dan mengelupas pada awal penggunaan. Produk ini terdiri daripada pelbagai jumlah kepekatan yang bermula dari 0.1% sehingga 1%.

Cara Untuk Menggunakan Retinol

Bagi anda yang baru mahu menggunakan retinol, dinasihatkan untuk mengaplikasi produk ini dalam dos yang sedikit dan kepekatan yang rendah iaitu 0.1%.

Tak perlu pakai banyak pun, lebih kurang sebesar kacang pea sahaja sudah cukup untuk digunakan pada seluruh muka dan leher.

Untuk yang masih ‘newbie’ dalam penggunaan Retinol, boleh mula mengamalkan produk penjagaan wajah ini seminggu sekali pada waktu malam sahaja.

Sumber: Pexels

Sebagai info, Retinol sesuai untuk dipakai pada waktu malam kerana memerlukan masa untuk membolehkan sel baharu dijana semula.

Kemudian pada esok hari ketika waktu siang, anda perlu memakai sunscreen kerana Retinol adalah sangat sensitif terhadap cahaya matahari.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Retinol ini menggunakan kaedah sandwich.

Dengan kaedah ini, anda boleh mengaplikasikan rutin penjagaan wajah seperti biasa cuma bezanya adalah selepas memakai moisturizer dan Retinol, anda perlu membiarkannya kering terlebih dahulu sebelum memakai semula moisturizer.

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Naikkan Kekerapan Penggunaan Retinol?

Untuk membolehkan anda menaikkan kekerapan penggunaan Retinol, ia mengambil tempoh masa seperti berikut:

  • Pakai seminggu sekali selama tiga minggu
  • Pakai dua kali seminggu selama tiga minggu
  • Pakai tiga kali seminggu selema tiga minggu

Selepas anda sudah menggunakan Retinol selama tiga kali seminggu, kemudian baru boleh menaikkan kepekatan bahan ini dari 0.1% kepada 0.5%

Tetapi sebelum menaikkan kekerapan, pastikan anda menyemak terlebih dahulu keadaan kulit. Sekiranya kulit tiada masalah dengan kekerapan 0.1%, kemudian baru boleh bertukar kepada kepekatan yang lebih tinggi.

Sumber: Pexels

Sekiranya kulit anda mengalami ‘purging’ ketika menggunakan Retinol, adalah perkara biasa.

Tanda-tanda ‘purging’ adalah seperti berikut:

  • Kulit mengalami kemerahan
  • Gatal
  • Kulit mengering sehingga mengelupas
  • Kulit mengalami iritiasi
Bahan-bahan Yang Tidak Boleh Digunakan Bersama Retinol

Ketika anda menggunakan Retinol, elakkan dari menggunakannya bersama bahan-bahan seperti:

  • AHA
  • BHA
  • PHA
  • Vitamin C

Selain itu, elakkan juga dari meletakkan Retinol di bawah mata. Tetapi ada juga produk yang boleh digunakan bersama Retinol, seperti:

  • Hyaluronic acid
  • Centella
  • Niacinamide
  • Ceramide
  • Pentanoic
Sumber: Pexels
Siapa Yang Sesuai Untuk Pakai Retinol?

Umur berapa sebenarnya yang sesuai untuk pakai Retinol? Untuk pengetahuan anda, ia boleh dipakai sewal usia 20 tahun.

Mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat atau berminyak juga boleh menggunakan bahan ini dalam rutin.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa golongan yang tidak boleh menggunakan bahan ini dalam rutin penjagaan wajah iaitu:

  • Wanita hamil
  • Ibu yang menyusu anak
  • Wanita yang sedang mencuba untuk hamil (TTC)
Kebaikan Penggunaan Retinol

Retinol ini mempunyai beberapa kebaikan seperti:

  • Mengurangkan jerawat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mencerahkan kulit
  • Mengalakkan penghasilkan kolagen
  • Mengecilkan pori
  • Mengurangkan masalah tona tidak sekata
  • Memperbaiki keadaan kulit secara keseluruhan

Jadi kepada anda yang mahu berjinak-jinak dalam penggunaan Retinol ini, semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini Cara Terbaik Anak Muda Jaga Kulit Wajah

Baca Artikel Berkaitan: Konsisten Minum Jus Buah 100 Hari, Gadis Buktikan Masalah Kulit Wajah Semakin Pulih

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi 5 Tips Mudah Untuk Hilangkan Tiny Bumps Pada Kulit Wajah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd