Filem Konsert Taylor Swift The Eras Tour Tak Ditayangkan Di Malaysia
Syarikat pawagam tempatan iaitu TGV dan GSC Cinemas memaklumkan tiada pihak yang mengambil filem dokumentari Konsert Taylor Swift: The Eras Tour untuk ditayangkan di Malaysia buat masa ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebagai salah seorang peminat penyanyi Taylor Swift, penulis memahami perasaan anda semua.
Bukan setakat tiada konsert ‘live’ di Malaysia, malah mahu menonton filem tentang persembahan tersebut juga tidak bernasib baik.
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X milik Taylor Swift (Twitter @taylorswift13), filem Konsert Taylor Swift: The Eras Tour tidak akan ditayangkan di Malaysia walaupun ia bakal dipertontonkan di lebih 100 negara seluruh dunia pada 13 Oktober 2023.
Antara negara Asia yang tersenarai untuk tontonan filem berkenaan adalah Singapura, Indonesia, Korea Selatan dan Hong Kong.
Memetik sumber MalayMail, syarikat pawagam tempatan iaitu TGV dan GSC Cinemas memaklumkan tiada pihak yang mengambil filem tersebut untuk ditayangkan di Malaysia buat masa ini.
Ramai Peminat Taylor Swift Di Malaysia Luah Rasa Kecewa
Pengumuman yang diberitahu semalam (26 September) membuatkan ramai peminat di Malaysia meluahkan rasa kecewa.
Sehinggakan ada yang katanya sanggup ‘terbang’ ke negara lain semata-mata untuk menonton filem dokumentara tersebut di pawagam bersama peminat yang lain.



Tiada Konsert Atau Tayangan Filem Dokumentari Taylor Swift: The Eras Tour Di Malaysia
Sebelum ini, para peminat ‘TayTay’ sudah kecewa kerana tiada satu hari pun konsert Taylor Swift dalam senarai jelajahnya.
Lebih mengecewakan lagi, negara jiran iaitu Singapura pula dipilih untuk melakukan konsert ‘The Eras Tour’ itu selama enam hari!
Disebabkan terlalu minat dengan Taylor Swift, ramai peminat di Malaysia yang sanggup mendaftar sebagai ahli bank UOB hanya kerana mahu menyertai pra-pembelian tiket konsert di Singapura.
Buat peminat Taylor Swift di Malaysia, bersabar ya. Bukan rezeki kita kali ini.
Artikel Berkaitan: Lebih 1 Juta Pengguna UOB Sertai Pra-Jualan Tiket Konsert Taylor Swift Hari Ini, 5 Julai
Artikel Berkaitan: ‘Scalper’ Jual Tiket Konsert Taylor Swift Di Singapura Sehingga Cecah RM40,000
Artikel Berkaitan: Peminat Kecewa Taylor Swift Buat Konsert 3 Hari Di Singapura, Malaysia Tidak Tersenarai
Sumber: X (Twitter) Taylor Swift | MalayMail
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.