Now Reading
Neelofa Umum Nama Anak Kedua, Perjelas Kenapa Pilih Nama Itu

Neelofa Umum Nama Anak Kedua, Perjelas Kenapa Pilih Nama Itu

Neelofa memilih nama Abdullah Abbas untuk anak keduanya kerana mempunyai maksud yang baik dan sejarah dalam agama Islam.

Neelofa Umum Nama Anak Kedua, Perjelas Kenapa Pilih Nama Itu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 11 Julai lalu, selebriti terkenal tanah air iaitu Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan anak keduanya sekitar jam 10:45 malam.

Dengan kehadiran anak kedua itu, Neelofa dan suaminya Haris Ismail berharap cahaya mata mereka menjadi anak soleh, membawa keberkatan serta memberi manfaat kepada agama, keluarga, nusa dan bangsa.

Ketika memberitahu tentang kelahiran putera keduanya, Neelofa menjelaskan nama cahaya matanya itu akan diumumkan selepas hari ketujuh.

BACA JUGA: Neelofa Selamat Bersalin Anak Kedua. Tahniah!


Neelofa Umum Nama Anak Kedua, Abdullah Abbas

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Neelofa (@neelofa), selebriti berkenaan telah mengumumkan nama putera keduanya iaitu Abdullah Abbas.

Dalam hantaran yang sama, Neelofa menjelaskan mengapa dia memilih nama Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas untuk dua orang anaknya itu.

Nama Bilal menjadi salah satu nama dalam agama Islam yang dikenali ramai kerana individu tersebut merupakan antara mujahid terawal yang diseksa kerana mempertahankan akidah dan dijanjikan syurga.

Dengan kisah tersebut, Neelofa mendoakan anak sulungnya bernama Bilal itu akan membesar menjadi individu seakan-akan Bilal bin Rabah RA.

Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal diseksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yang dijanjikan Nabi SAW.

Noor Neelofa Mohd Noor.

Bagi permulaan nama putera keduanya pula, Neelofa memilih Abdullah kerana ia antara nama yang paling disukai oleh Allah SWT manakala Abbas pula diambil kerana Nabi Muhammad SAW pernah mendoakan lelaki bernama Abbas agar diberikan kebijaksaan pada usia muda.

Nama yang paling disukai Allah antaranya Abdullah, maka permulaan namanya adalah ‘Abdullah’. Berkat Doa Nabi Muhammad SAW maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usianya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).

Noor Neelofa Mohd Noor.

Dengan pemilihan nama tersebut, Neelofa berharap agar cahaya mata keduanya itu juga akan dipilih oleh Allah SWT supaya menjadi pemuda yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.


Nama-nama Yang Memberi Maksud Baik Dalam Islam Bagi Anak Lelaki Dan Perempuan

Sebagai ibu bapa, antara tanggungjawab terawal kepada anak mereka adalah dengan memilih nama yang memberi maksud baik. Penting ya untuk memilih nama terbaik kepada si kecil kerana panggilan tersebut akan menjadi identiti mereka sepanjang hayat.

Antara nama yang membawa maksud baik adalah:

Anak Lelaki:

  • Amir (Memakmurkan)
  • Ali (Yang Mulia)
  • Danish (Bijak)
  • Amin (Dipercayai)
  • Eidlan (Keadilan)
  • Hafiz (Pelindung)
  • Ikhwan (Persaudaraan)
  • Mahmud (Terpuji)
  • Omar (Panjang umur)
  • Rahimi (Kesayanganku)
  • Rahman (Pemurah)
  • Uwais (Pemberian)
  • Wadud (Penyayang)

Anak Perempuan:

  • Aina (Mata yang cantik)
  • Batrisyia (Cerdik)
  • Dhia (Sinaran)
  • Ermina (Peramah)
  • Eshal (Bunga syurga)
  • Jameel (Cantik)
  • Jawhara (Mutiara)
  • Liyana (Kelembutan)
  • Misyah (Kegembiraan)
  • Qistina (Keadilan)
  • Sabrina (Kesabaran)
  • Ufairah (Berani)

BACA JUGA: Wanita Ini Dedah Tak Wajib Guna Bin & Binti Pada Nama Orang Islam

BACA JUGA: Wanita Ini Miliki 1,019 Huruf Dalam Sijil Kelahiran. Pecah Rekod Nama Terpanjang Di Dunia!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd