Now Reading
Wanita Ini Miliki 1,019 Huruf Dalam Sijil Kelahiran. Pecah Rekod Nama Terpanjang Di Dunia!

Wanita Ini Miliki 1,019 Huruf Dalam Sijil Kelahiran. Pecah Rekod Nama Terpanjang Di Dunia!

Nama yang dihasilkan itu telah mengambil masa selama enam tahun lamanya di mana ianya turut menggabungkan nama-nama filem, kereta, dan saudara-mara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, zaman sekarang ini pemilihan nama anak-anak dilihat lebih cenderung kepada nama moden. Jaranglah dapat nama klasik. Mungkin mengikut peredaran zaman?

Sejujurnya, nama-nama seperti Maryam, Fatimah, Ali, Idris, sukar untuk ditemui. Tengok juga ibu bapa anak-anak itu jenis yang macam mana.

Kalau sukakan perkara bersifat moden, nama anak pun terikut sekali.

Sumber: Choose Physio

Tapi yang penting, nama yang dipilih haruslah memberi maksud yang baik.


Wanita miliki nama terpanjang di dunia. Lain macam sebutannya!

Memetik laporan Dailystar, seorang wanita memiliki nama terpanjang di dunia di mana terdiri daripada 1,019 huruf. Malah, dia turut mempunyai sijil kelahiran sepanjang dua kaki (0.6 meter).

Wah, betul-betul panjang!

Sandra Williams yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) memberitahu bahawa dia memutuskan untuk memberi nama unik kepada anak perempuannya yang dilahirkan pada 12 September 1984.

Ketika lahirnya bayi tersebut pada tarikh itu – dia telah memberikan nama “Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams” pada sijil kelahirannya.

Walau bagaimanapun, menurut laporan Daily Mirror – tiga minggu kemudian dia merasakan nama tersebut tidak cukup panjang, jadi dia memfailkan pindaan untuk menukar nama itu dan menjadikannya 1,019 huruf panjang dan turut menambah nama tengah 36 huruf.

Jamie dan ibunya, Sandra Williams.
(Sumber: Dailystar.co.uk)

Nama baharu lepas ditukar menjadi…

Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarna erenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchelleca undenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenv aunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzad awnefriendsettajessicannelesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaund rieaquenttaekatilyaevea’shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandaleccian nereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriet taescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemer ciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquani aenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavern ellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionne miariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentesc acraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtaw ndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadauri lessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoaj ohnyaetheodoradilcyana.

Tidak, kami bukan tersalah taip. Itu betul-betul nama yang didaftarkan.

Beri nama panjang bukan tanpa sebab

Menurut penjelasan Sandra kepada Oprah pada tahun 1997 sewaktu Jamie berusia 12 tahun, nama yang diberikan itu adalah untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness. Oleh itu, ibunya perlu memastikan nama yang diberikan menjadi sesuatu yang unik.

Saya tidak mahu namanya seperti orang lain. Namanya mesti berbeza dan saya perlu ada dalam buku Guinness.

Sandra Williams, ibu kepada Jamie.

Untuk rekod, nama yang dihasilkan itu telah mengambil masa selama enam tahun lamanya di mana ianya turut menggabungkan nama-nama filem, kereta, dan saudara-mara.

A+ untuk effort!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd