Wanita Ini Dedah Tak Wajib Guna Bin & Binti Pada Nama Orang Islam
Boleh gugurkan bin dan binti daripada nama tetapi perlu membuat surat rayuan semasa mendaftarkan kelahiran anak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila tengok nama seseorang ada bin atau binti, automatik kita tahu yang dia beragama Islam. Bin untuk lelaki manakala binti pula untuk perempuan.
Tapi perasan tak, orang Islam di luar negara tak guna pula penggunaan bin dan binti ini.
Jadi, apa sebenarnya status bin dan binti ini pada nama orang Islam? Wajib ke tidak? Tak apa ke kalau seseorang itu tidak mahu menggunakannya?
Baru-baru ini, penggunaan istilah bin dan binti ini juga menjadi perbicangan dalam kalangan netizen di media sosial.
Boleh jika nama tak ada bin atau binti
Perbincangan itu bermula apabila seorang pengguna Twitter menimbulkan persoalan tentang penggunaan bin dan binti pada nama anak.

Kemudian, seorang wanita membalas tweet tersebut dengan mengatakan bahawa nama anak tanpa bin atau binti sebenarnya dibolehkan tetapi perlu membuat surat rayuan ketika mendaftar kelahiran anak.

Dalam pada masa yang sama, wanita itu juga berkongsi beberapa alasan yang ditulis olehnya di dalam surat rayuan berkenaan.
Antara alasan yang diberikan adalah seperti berikut:
- Bin dan binti hanya perkataan dalam bahasa arab yang tidak mempunyai apa-apa keperluan untuk dimasukkan ke dalam nama anak.
- Sistem nama bin dan binti ini tidak diguna pakai di negara-negara lain dan boleh menyebabkan kekeliruan.
- Tiada undang-undang Malaysia yang mewajibkan penggunaan bin dan binti dalam nama berdaftar.
- Tiada kekeliruan dalam agama anak kerana sudah jelas ibu bapa adalah orang Islam.

Pelbagai reaksi dari netizen
Belum pernah isu ini dibincangkan, jadi ramai yang agak terkejut apabila mengetahui tentang hal ini.
Ada juga yang baru tahu.

Sesetengah warganet pula berkongsi pengalaman mereka berhadapan situasi yang merumitkan apabila mempunyai gelaran bin dan binti pada nama.



Walaupun tiada undang-undang yang mewajibkan penggunaan bin dan binti pada nama individu beragama Islam, namun rakyat perlu mengikut beberapa prosedur untuk menggugurkan istilah tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.