Now Reading
Neelofa & PU Riz Bakal Hijrah Ke Tanah Arab Untuk Sambung Pengajian

Neelofa & PU Riz Bakal Hijrah Ke Tanah Arab Untuk Sambung Pengajian

Neelofa dan suaminya Haris Ismail (PU Riz) berhasrat untuk mendalami ilmu hadis dan bahasa Arab di Tanah Arab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Proses pembelajaran tidak mengenal erti usia. Tak kisahlah tua atau muda, tidak pernah terlambat untuk seseorang itu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bila kita ada niat yang ikhlas untuk menuntut ilmu, datanglah apa jua cabaran pastinya itu tidak menjadi penghalang.

Sebelum ini, seorang ibu yang mengalami masalah penglihatan pada mata sebelah kanan berjaya menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah (Phd) pada usia 52 tahun.

BACA JUGA: Ibu 7 Anak Peroleh PhD Dengan Hanya Penglihatan Mata Kiri & Kanta Pembesar

Neelofa dan PU Riz juga ingin sambung belajar

Menerusi laporan media, selebriti popular Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor serta suaminya yang merupakan pendakwah bebas iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) menyatakan hasrat untuk mendalami ilmu hadis di Mesir.

Pada awal perkahwinan, kami pernah berborak tentang niat untuk menyambung pengajian dan mempejari bahasa Arab. Haris juga ada meluahkan niat untuk kembali ke Mesir selama satu atau dua tahun bagi mendalami ilmu hadis.

Noor Neelofa Mohd Noor.

Neelofa turut merancang untuk menunggu masa di mana anak sulungnya Bilal boleh bercakap terlebih dahulu sebelum mereka mengambil keputusan menyambung pengajian.

BACA JUGA: Anak Sulung Neelofa, Bilal Terima RM14,020 Duit Raya Tahun Ini

Kalau boleh saya mahu tunggu Bilal boleh bercakap sedikit. Jadi, dia boleh belajar cakap bahasa Arab juga.

Noor Neelofa Mohd Noor.

Neelofa berkongsi niatnya untuk mempelajari pelbagai bahasa dan antaranya adalah bahasa Arab kerana memberi kelebihan dalam solat serta amalan kehidupan.

Sumber: Instagram/ neelofa

Pada masa yang sama, Neelofa juga berhasrat untuk meluaskan perniagaannya di Tanah Arab.

Sama-sama kita doakan agar niat suci Neelofa dan PU Riz dipermudahkan.

BACA JUGA: [Video] Netizen Puji Respon Neelofa Bila Ditanya Cara Tegur Keluarga Tentang Aurat


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd