Neelofa Hamil Anak Kedua, Sudah Masuk Trimester Kedua
Neelofa memberitahu bahawa pengalaman kehamilan kedua ini dipermudahkan sama seperti ketika dia mengandungkan Bilal.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Lofa merupakan selebriti yang sangat dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebut je nama Lofa, mesti semua orang kenal.
Nama Neelofa kembali hangat selepas dia melahirkan anak sulung bernama Muhammad Bilal bin Muhammad Haris atau disebut sebagai Bilal pada 29 Januari 2022 yang lalu.
BACA JUGA: Neelofa Hamil Anak Pertama
Waktu itu, memang ramai yang teruja selepas dapat melihat kecomelan wajah Bilal yang sangat ‘gebu’. Geram ya tengok, memang berketul-ketul tangan dia!
BACA JUGA: Anak Sulung Neelofa, Bilal Terima RM14,020 Duit Raya Tahun Ini
Neelofa Kini Hamil Anak Kedua
Baru-baru ini, kenyataan Neelofa memberikan spekulasi apabila dia mengatakan ‘Ya, half way to go’ ketika ditanya tentang dakwaan netizen berhubung dirinya yang dikatakan sedang hamil anak kedua.
Memetik laporan Berita Harian, Neelofa mengiyakan pertanyaan tentang persoalan orang ramai bahawa dia kini sedang ‘berbadan dua’.
Tambahnya lagi, dia sangat bersyukur kerana ramai juga yang mendoakan kesihatan dirinya dan menghantar ucapan baik-baik menerusi DM di laman Instagram miliknya.
Faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat. Banyak orang mendoakan saya yang baik-baik. Banyak juga yang menghantar mesej langsung (DM), ucap yang baik-baik, jadi syukur Alhamdulillah.
Noor Neelofa Mohd Noor.

Malah, Neelofa juga berkongsi bahawa pengalaman kehamilan kedua ini dipermudahkan sama seperti ketika dia mengandungkan Bilal.
Alhamdulillah, saya tak alami alahan teruk sejak anak pertama. Jika dibandingkan dengan kenalan saya, ada yang tidak boleh bangun daripada katil. Saya sangat bersyukur.
Noor Neelofa Mohd Noor.
Ketika disoal tentang penerimaan Bilal tentang persediaan mendapat adik, Neelofa berkata anak sulungnya itu sudah besar dan semakin mengenali individu di sekelilingnya.
Bilal okay sahaja sebab dia sudah besar dan makin kenal orang. Saya rasa ia hanya mitos bila orang kata anak pertama akan meragam bila nak dapat adik,”
Noor Neelofa Mohd Noor.
Kami mendoakan agar segala urusan kehamilan kedua Neelofa ini dipermudahkan. Tak sabar nak tengok adik Bilal!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.