Now Reading
Neelofa Hamil Anak Pertama

Neelofa Hamil Anak Pertama

Jika kandungan berusia lima bulan, bermakna Neelofa kini memasuki fasa kedua kehamilan (second trimester).

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Selebriti terkenal tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Lofa sehingga kini masih belum mengumumkan kehamilannya secara rasmi.

Walau bagaimanapun, susulan kemunculan dirinya di acara-acara tertentu, Lofa ternyata menjadi individu kegemaran setiap jurugambar di luar sana apabila gambarnya sering diambil oleh mereka.

Paling ketara adalah penampilan Lofa saat dia menghadiri acara yang dianjurkan oleh jenama mewah, Dior baru-baru ini.

Walaupun sering berpakaian jubah dan longgar, bakal ibu ini ternyata tidak mampu untuk menyembunyikan ‘baby bump’ yang semakin ketara itu.

Doa buat Lofa

Biarpun masih belum diumumkan secara rasmi, rakyat Malaysia dilihat menghormati keputusan itu. Cuma mungkin ada yang terlalu ‘excited’ nak tahu tentang Lofa Junior!

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut menitipkan doa buat bakal ibu ini agar kandungan sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan ketika bersalin nanti.

Kan bagus macam ini. Saling mendoakan. 🙂

Kredit: Instagram/Neelofa
Kredit: Instagram/Neelofa

Kandungan berusia 5 bulan?

Untuk pengetahuan umum, difahamkan bahawa kandungan Lofa kini berusia lima bulan – bermakna Lofa kini memasuki fasa kedua kehamilan (second trimester).

Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan suami, Harris.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15 − 7 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd