Now Reading
Michelle Yeoh Hiasi Muka Depan Majalah TIME Selepas Dipilih Sebagai ‘Icon Of The Year’

Michelle Yeoh Hiasi Muka Depan Majalah TIME Selepas Dipilih Sebagai ‘Icon Of The Year’

Tan Sri Datuk Dr Michelle Yeoh telah memenangi pelbagai anugerah pada tahun ini dan salah satunya adalah menjadi ikon Majalah TIME untuk tahun 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan pada tahun ini sahaja, sudah banyak anugerah yang telah diterima oleh pelakon terkenal Tan Sri Datuk Seri Michelle Yeoh.

Sebelum ini, bekas penari balet dan pemenang Miss Malaysia pada tahun 1983 telah tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2022.

BACA JUGA: 2 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia 2022. Tahniah!

Bukan itu sahaja, Michelle Yeoh juga menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat Seni Halus dari Institut Filem Amerika (AFI) serta memenangi Anugerah Tribute di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF).

BACA JUGA: Tan Sri Datuk Michelle Yeoh Will Soon Be A ‘Dr’ Too!

Michelle Yeoh Dipilih Sebagai ‘Icon Of The Year’ Majalah TIME

Penutup tahun 2022 lebih bermakna buat beliau selepas pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini dipilih sebagai ‘Icon Of The Year’ oleh majalah TIME yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

Dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam industri perfileman, pelakon berusia 60 tahun itu telah berada dalam lebih daripada 70 filem dan siri televisyen.

Beberapa filem popular yang pernah dilakonkan oleh Michelle Yeoh adalah seperti:

  • Crouching Tiger, Hidden Dragon
  • Tomorrow Never Dies
  • Memoirs Of A Geisha
  • Crazy Rich Asians
  • Shang-Chi & The Legend Of The Ten Rings
  • Everything Everywhere All At Once

Bermula dengan memenangi anugerah Miss Malaysia kepada membintangi beberapa siri komersial dan memasuki industri perfileman Hong Kong, pelbagai kisah yang diceritakan oleh beliau dalam majalah TIME.

Beberapa filem yang saya berlakon sebelum inilah yang membawa saya ke tempat saya sekarang ini.

Michelle Yeoh.

Anda boleh lihat muka depan majalah TIME yang memaparkan wajah Michelle Yeoh [DI SINI].

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Tan Sri Datuk Dr Michelle Yeoh! Semoga lebih banyakkan kejayaan ditempa pada masa akan datang.

BACA JUGA: Wanita Malaysia Antara Yang Tersenarai Dalam CEO Cemerlang Asia Pasifik Oleh Forbes


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd