Now Reading
2 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia 2022. Tahniah!

2 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia 2022. Tahniah!

Forbes 50 Over 50: Asia 2022 ini menyenaraikan 50 barisan wanita yang memberi perubahan yang besar kepada komuniti dengan cara masing-masing.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zaman sekarang ni, wanita pun boleh menempa kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Kalau kita tengok, dah ramai wanita Malaysia yang telah berjaya lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan seperti Datin Vivy Yusof, Neelofa, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Vida dan ramai lagi.

BACA JUGA: Wanita Malaysia Antara Yang Tersenarai Dalam CEO Cemerlang Asia Pasifik Oleh Forbes

Kejayaan mereka sememangnya menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana untuk menjadi individu yang berjaya juga.

Barisan wanita hebat dari Malaysia

Baru-baru ini, beberapa wanita dari Malaysia telah menempa kejayaan apabila mereka menjadi antara individu yang tersenarai di dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2022.

Forbes 50 Over 50: Asia 2022 ini menyenaraikan 50 barisan wanita yang memberi perubahan yang besar kepada komuniti dengan cara masing-masing.

Ada di antara mereka yang merupakan seorang ahli politik, pengasas perniagaan, saintis, usahawan yang menerajui seluruh rantau Asia Pasifik.

Antara rakyat Malaysia yang tersenarai di dalam anugerah ini adalah Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman dan Tan Sri Datuk Seri Michelle Yeoh.

Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman

Kredit: Yahoo News Singapore

Seorang pakar penyakit berjangkit yang juga Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya merupakan salah satu wanita hebat dari Malaysia yang tersenarai di dalam Forbes.

Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman yang pakar dalam HIV/AIDS telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS Malaysia (Malaysia’s Center of Excellence for Research in AIDS).

Kredit: amfAR

Bukan itu sahaja, wanita berusia 57 tahun ini juga merupakan Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia serta menjadi sebahagian tenaga pengajar di University Yale.

Pada tahun 2020, beliau telah dipilih sebagai presiden Asia pertama Persatuan AIDS Antarabangsa.

Kemudian pada tahun 2021 pula, beliau telah dilantik sebagai ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Tan Sri Datuk Seri Michelle Yeoh

Kredit: Tele 7 Jours

Seorang bekas penari balet dan pemenang Miss Malaysia pada tahun 1983 in pertama kali dikenali ramai selepas membintangi sebuah filem aksi Hong Kong pada tahun 90-an.

Selain itu, beliau juga pernah membuat kemunculan di dalam filem James Bond dan Crouching Tiger, Hidden Dragon pada tahun 2000.

Michelle semakin dikenali selepas dia turut membintangi watak di dalam filem blokbuster seperti Crazy Rich Asians pada tahun 2018 dan Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings pada tahun 2021.

Babak dalam filem Crazy Rich Asian. (Kredit : IMDb)

Michelle juga bakal menceburkan diri dalam dunia penerbitan bagi menghasilkan sebuah siri televisyen berdasarkan skandal 1MDB yang berlaku di Malaysia.


Setiap orang berpeluang untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Yang penting kena rajin berusaha dan sentiasa komited dengan tugas.

Mana tahu, mungkin suatu hari nanti anda pula akan tersenarai sebagai individu berjaya di dunia.

Tak mustahil kan?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2 × four =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd