Now Reading
Wanita Malaysia Antara Yang Tersenarai Dalam CEO Cemerlang Asia Pasifik Oleh Forbes

Wanita Malaysia Antara Yang Tersenarai Dalam CEO Cemerlang Asia Pasifik Oleh Forbes

Nadiah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Thomson Kota Damansara merupakan satu-satunya rakyat Malaysia tersenarai dalam Power Businesswomen 2021 Forbes Asia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zaman sekarang ni, wanita pun boleh menempa kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Kalau kita tengok, dah ramai wanita Malaysia yang telah berjaya lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan seperti Datin Vivy Yusof, Neelofa, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Vida dan ramai lagi.

BACA JUGA: Wanita Malaysia Mula Jual Seni Di NFT Selepas Didorong Vokalis Linkin Park

Kejayaan mereka sememangnya menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana untuk menjadi individu yang berjaya juga.

Satu-satunya rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes Asia

Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob.
Kredit: Endeavor Malaysia

Baru-baru ini, satu lagi kejayaan dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia iaitu Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob berusia 37 tahun selepas beliau berjaya memasuki senarai Forbes Asia.

Nadiah yang bekerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Thomson di Kota Damansara merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam Power Businesswomen 2021 Forbes Asia.

CEO paling muda ini diiktiraf selepas usahanya memperkenalkan pasukan petugas khas Covid-19 dan melancarkan satu aplikasi mudah alih bagi membantu rawatan kepada pesakit Covid-19.

Bukan itu sahaja, beliau juga kini berkhidmat sebagai Naib Presiden Kelab Harvard Malaysia.

Forbes Asia ingin menonjolkan individu yang berjaya ketika situasi Covid-19

Senarai yang dikeluarkan oleh Forbes Asia ini bertujuan untuk menonjolkan individu yang berjaya menyesuaikan diri dan berkembang maju ketika berada di dalam situasi Covid-19.

Menurut Forbes, wanita di dalam senarai tersebut merangkumi kesemua bidang seperti perbankan, penjagaan kesihatan, teknologi dan lain-lain.

Kredit: Forbes

20 wanita ini yang berada di dalam lingkungan 30-an hingga 70-an dari seluruh rantau Asia Pasifik membuktikan bahawa jantina dan umur tidak boleh menjadi batu penghalang kepada kejayaan.

Forbes.

Setiap orang berpeluang untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Yang penting kena rajin berusaha dan sentiasa komited dengan tugas.

Mana tahu, mungkin suatu hari nanti anda pula akan tersenarai sebagai individu berjaya di dunia.

Tak mustahil kan?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd