Now Reading
Pakai Lipstick Ketika Berpuasa: Sah Atau Batal? Ini Penjelasan Pendakwah

Pakai Lipstick Ketika Berpuasa: Sah Atau Batal? Ini Penjelasan Pendakwah

Ustaz Wadi Annuar menyatakan dalam ciapannya bahawa makruh hukumnya memakai gincu ketika bulan Ramadan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang diketahui umum, berpuasa di bulan Ramadan adalah satu kewajipan bagi setiap umat Islam yang sudah mencapai usia akil baligh.

Selain tidak boleh makan dan minum, ada beberapa larangan lain yang tidak boleh dilakukan ketika waktu siang pada bulan Ramadan seperti merokok, muntah dengan sengaja dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.

Tetapi ada juga beberapa perkara yang membuatkan orang ramai ragu-ragu sama ada ia boleh membatalkan puasa seseorang atau tidak.

Baca Artikel Berkaitan: Bangun Sahur Dikira ‘Niat’ Puasa Ke? Ini Penjelasan Seorang Ustaz

Baca Artikel Berkaitan: Tertidur Sebelum Berbuka, Bangun Lepas Subuh. Bagaimana Status Puasanya?


Ustaz Wadi Annuar Dedah Hukum Pakai Lipstik Ketika Berpuasa

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@ustazwadiannuar) oleh seorang penceramah bebas iaitu Ustaz Wadi Annuar, beliau menyatakan bahawa makruh hukumnya memakai gincu ketika sedang berpuasa.

Jelasnya, pemakaian gincu dibimbangi boleh menyebabkan seseorang terjilat bibir dan menelannnya sehingga membatalkan puasa.


Ini Pula Penjelasan Dari Bekas Mufti Wilayah Persekutuan

Memetik sumber dari Maktabah Al Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri juga pernah mengulas hal ini apabila menerima persoalan sama daripada orang ramai.

Beliau menyatakan bahawa hukum wanita memakai gincu serta alat solek sebagai perhiasan adalah diharuskan selagi mana tiada dalil yang menunjukkan sebaliknya.

Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan pemakaian gincu ketika sedang berpuasa di bulan Ramadan yang perlu lebih berhati-hati.

Sumber: Pexels

Dr Zulkifli memaklumkan bahawa hukum penggunaan gincu pada siang hari di bulan Ramadan adalah TIDAK MEMBATALKAN PUASA selagi mana tidak ditelan masuk sehingga ke dalam rongga.

Jika hanya sekadar dirasai di bibir, maka ia masih tidak membatalkan puasa seseorang.

Perkara ini turut dikukuhkan lagi berdasarkan fatwa Ibn ‘Abbas R.Anhuma mengenai merasa makanan iaitu:

لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ أَوِ الشَّيْءَ، مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya: Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya, selagi tidak memasuki  tekaknya dan dia sedang berpuasa.

Tambah beliau lagi, hukum ini sama seperti jika seseorang mahu merasa makanan yang dimasak pada bahagian lidah tanpa menelannya.

Kebanyakan kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafi’e  juga menyebutkan mengenai isu merasa makanan ini dan kebanyakannya mengatakan perbuatan itu adalah makruh kerana dibimbangi boleh tertelan dan membatalkan puasa.


Perkara Yang Dianggap Membatalkan Puasa Tetapi Tidak Sebenarnya

Walaupun sudah berpuasa selama berbelas atau berpuluh tahun, tetapi mungkin ada sesetengah daripada kita yang masih keliru dengan perkara yang membatalkan puasa.

Ada yang kata tak batal, ada yang kata batal?

Sumber: UKM/ Pexels

Berikut adalah senarai perkara yang sering dianggap boleh membatalkan puasa tetapi tidak sebenarnya. Antaranya:

  • Mengorek hidung
  • Menggunakan inhaler
  • Menggunakan ubat titis mata
  • Merasa makanan pada hujung lidah
  • Menderma darah

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Mitos Yang Sebenarnya Tidak Membatalkan Puasa Anda

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Jenis Ubat Boleh Diambil & Tak Batalkan Puasa. Ubat Biji Tak Boleh Ya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd