Now Reading
Doktor Perjelas Jenis Ubat Boleh Diambil & Tak Batalkan Puasa. Ubat Biji Tak Boleh Ya!

Doktor Perjelas Jenis Ubat Boleh Diambil & Tak Batalkan Puasa. Ubat Biji Tak Boleh Ya!

Antara jenis ubat yang tidak membatalkan puasa seseorang adalah ubat titis mata, insulin, inhaler dan sebagainya.

Jenis Ubat & Prosedur Kesihatan Yang Tak Batalkan Puasa

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, ibadah berpuasa mempunyai syarat-syarat tertentu yang menentukan sama ada puasa seseorang itu sah atau tidak.

Paling penting, tak boleh makan dan minum di siang hari. Itu memang confirm terbatal puasa ya.

Selain tidak boleh makan dan minum, ada beberapa larangan lain yang tidak boleh dilakukan ketika waktu siang pada bulan Ramadan seperti merokok, muntah dengan sengaja dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.

Walau bagaimanapun, banyak mitos yang disalah erti oleh umat Islam dan menyangka ia akan membatalkan puasa seseorang jika perkara itu dilakukan ketika berpuasa.

Antaranya tidak boleh makan ketika waktu Imsak, tidak boleh berus gigi pada waktu siang dan puasa menjadi tidak sah jika terlupa untuk berniat.

BACA JUGA: Tak Boleh Guna Inhaler, Makan Waktu Imsak & 5 Lagi Mitos Ketika Puasa Di Bulan Ramadan

Jenis Ubat & Prosedur Kesihatan Yang Tak Batalkan Puasa
Sumber: Odua Images

Jenis-jenis Ubat Yang Boleh Dan Tidak Boleh Diambil Ketika Berpuasa

Mesti ada yang terfikir, apa hukumnya kalau kita mengambil ubat ketika sedang berpuasa? Boleh ke?

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan di laman Twitter miliknya (@DoktorSamhan), terdapat beberapa jenis ubat dan prosedur kesihatan yang dibenarkan ketika berpuasa.

Antaranya adalah:

Jenis Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa

  • Ubat letak bawah lidah (hanya diletak di bawah lidah dan bukannya ditelan).
  • Ubat cucuk insulin.
  • Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga.
  • Ubat sapu seperti krim dan losyen.
  • Ubat kumur (tidak boleh ditelan).
  • Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat ia tidak disedut).
  • Ubat bius setempat atau separuh.
  • Menggunakan ubat titik hidung, semburan hidung atau inhaler (untuk mereak yang menghidap asthma).

Prosedur Kesihatan Yang Tidak Membatalkan Puasa

  • Haemodialisis atau peritoneal dialysis.
  • Mengambil darah untuk pemeriksaan.
  • Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.
  • Injeksi melalui kulit ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), pembuluh darah (intravenous). Namun ia boleh membatalkan puasa jika bahan yang disuntik itu mempunyai zat.
  • Menderma atau menerima darah.
  • Menerima oksigen atau gas untuk bius.
  • Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
  • Memasukkan ovules ke dalam kemaluan wanita (vagina), mencuci vagina, memasukkan alat speculum ke dalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor atau bidan) untuk tujuan pemeriksaan seperti bersalin.
  • Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.
  • Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).
  • Mencuci mulut, berkumur, semburan mulut dengan syarat ia tidak ditelan.
  • Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat ke dalam rahim (intrauterine device).
  • Mencabut atau mencuci gigi menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.
  • Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).
  • Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.
  • Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia).

Jenis Ubat Yang Boleh Membatalkan Puasa

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis yang ubat yang tidak boleh diambil ketika berpuasa kerana ia akan membatalkan puasa anda serta-merta.

Antara jenis ubat yang boleh membatalkan puasa adalah:

  • Ubat biji.
  • Ubat minum.
  • Pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam vagina).
  • Supositori dan Enema (ubat yang dimasukkan melalui dubur).

Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat memberi pencerahan kepada mereka yang masih keliru dengan jenis ubat serta prosedur kesihatan yang dibolehkan ketika sedang berpuasa.


Tips Berpuasa Untuk Penghidap Masalah Gastrik

Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, amalan berpuasa iaitu tidak makan dari pagi sehingga petang membuatkan segelintir individu agak risau. Boleh tahan ke?

Kepada anda yang menghidap masalah gastrik, berikut adalah tips yang mungkin boleh membantu anda sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Antaranya:

  • Minum air rendaman kurma ketika sahur.
  • Jangan makan hidangan yang terlalu pedas dan berminyak.
  • Jangan baring selepas sahur.
  • Jangan terlebih makan ketika sahur.
  • Melatih diri dengan berpuasa sunat sebelum Ramadan.

BACA JUGA: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda

BACA JUGA: Lakukan 8 Perkara Ini Untuk Pastikan Ramadan Lebih Produktif

BACA JUGA: Hamil Anak Kembar, Alahan Teruk & 5 Lagi Jenis Ibu Mengandung Yang Perlu Elak Puasa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd