Lakukan 8 Perkara Ini Untuk Pastikan Ramadan Lebih Produktif
Kalau nak rasa lebih cergas masa berpuasa, cuba semua tips ini. Baru tak lemau!
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Bila tibanya bulan Ramadan, pasti ramai yang berpusu-pusu untuk melakukan amal ibadah. Tak kisahlah dari bentuk apa pun, asalkan ia memberi manfaat kepada seseorang. Dalam masa yang sama, dapat kumpul pahala, tak rugi kan?
Sebab itulah perlu beringat juga untuk tidak tergolong dalam kalangan orang yang ‘rugi’ ketika berpuasa. Mana taknya, asyik lesu je. Puasa pun rasa tak produktif.
Nak tahu cara untuk lebih produktif ketika berpuasa? Boleh ikuti tips yang kami sediakan di bawah:
1. Amalkan kurma ketika berbuka dan bersahur
Kurma ni boleh dikatakan ‘hidangan wajib’ ketika bulan Ramadan. Rasulullah SAW sendiri pun akan berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum baginda menunaikan solat.
Malah, masa bersahur pun boleh ambil kurma. Yang penting jangan ambil dengan kuantiti yang berlebihan. 3 biji pun dah cukup kerana menurut sumber, ia umpama satu hidangan buah-buahan kerana mengandungi 15 gram gula bersamaan satu pertukaran karbohidrat.
Cuba ambil kurma masa berbuka dan bersahur, mesti lebih cergas.
2. Jangan tidur lepas sahur
Lepas sahur, cuba untuk tidak sambung tidur. Sebab ia akan menyebabkan pedih ulu hati. Ini kerana penghasilan asid yang berlebihan akan tersebar dan tertolak naik ke dada. Bahaya kan?
Sebab itulah kena cuba untuk tidak tidur selepas sahur. Malah, anda boleh juga menyelesaikan hal-hal kerja, mengemas rumah, mengaji, dan sebagainya. Banyak lagi benda boleh buat kalau tak sambung tidur lepas sahur.
Kan lebih produktif.
3. Pastikan solat awal waktu
Kebiasaannya, segelintir orang akan melengah-lengahkan solat. Bila dah masuk waktu, ada je alasan untuk solat lambat. Jadi, apa kata untuk bulan puasa tahun ni, cuba untuk solat awal waktu.
Dengar je azan berkumandang, terus bangun ambil wuduk dan solat. Jangan lengah-lengah.
4. Ambil masa untuk rehat
Bulan puasa ni memang akan rasa lesu dan mengantuk je setiap masa. Tapi cara paling efektif untuk elakkan rasa lemau, boleh ‘curi’ waktu untuk tidur atau rehat seketika.
Tapi kalau anda jenis yang selalu ‘terbabas’, boleh set alarm awal-awal. Kang tidur lama sangat makruh pulak.
5. Pastikan dah ada ‘plan’ setiap hari
Memang normal kalau rasa macam masa tu lambat sangat berjalan masa berpuasa. Kadang-kadang tu ingat dah pukul 2pm, tapi baru pukul 11am. Maklumlah, lapar.
Sebab itulah disarankan untuk buat plan hari-hari. Jadi, masa takkan terbuang dan takkan rasa macam nak counting hours untuk berbuka. Sebab ada aktiviti.
Try la!
6. Kurangkan ‘screen-time’
Ini pun salah satu habit setiap orang. Masa puasa je, main phone macam tak ingat dunia. Duk scroll itu ini, sampai dah tak ada apa yang nak di-scroll. Jadinya, screen-time pun naik mendadak. Puasa pun jadi tak produktif asyik main phone, terbaring, terduduk kat sofa.
Cuba untuk kurangkan screen-time masa puasa ni, buat aktiviti lain yang buatkan anda bergerak dan aktif. Tapi jangan sampai penat la.
7. Berzikir bila ada masa terluang
Kalau ada masa lapang yang terluang, cuba praktik diri untuk berzikir dan sebut nama-nama Allah. Daripada duduk tak buat apa-apa, bolehlah menambah pahala. Malah, tenang sikit hati nanti kan?
8. Buat senaman ringan kalau larat
Kalau anda jenis yang tak boleh ‘duduk diam’, boleh cuba untuk buat senaman ringan. Contohya, naik turun tangga ke, yoga ke. Kalau nak streching pun boleh, buka je YouTube dan tengok sambil bersenam.
Tapi jangan sampai penat dan dahaga pula!
Untuk bulan puasa tahun ni, cuba untuk ubah ‘pattern’ dan jadikan hari-hari lebih produktif. OK?
Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.