Now Reading
Tertidur Sebelum Berbuka, Bangun Lepas Subuh. Bagaimana Status Puasanya?

Tertidur Sebelum Berbuka, Bangun Lepas Subuh. Bagaimana Status Puasanya?

Status puasa Ramadan seseorang yang tertidur sebelum berbuka puasa dan terjaga selepas terbit fajar adalah bergantung kepada caranya berniat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Puasa adalah satu ibadat diwajibkan oleh Allah SWT kepada setiap umat Islam yang telah mencukupi syaratnya.

Seperti kita sedia maklum, setiap ibadat yang dilakukan kerana Allah memerlukan niat bagi membezakan antara ibadat dan adat kebiasaan.

Dalam ibadat berpuasa, niat itu dikategorikan sebagai syarat sah puasa seseorang.

BACA JUGA: Bangun Sahur Dikira ‘Niat’ Puasa Ke? Ini Penjelasan Seorang Ustaz


Tak berbuka puasa dan sahur kerana tertidur

Jika seseorang berada dalam situasi di mana dia tertidur sebelum waktu berbuka puasa dan terjaga semula selepas azan subuh keesokan harinya, apakah status puasanya?

Menurut sisi agama, status puasa itu bergantung kepada caranya berniat.

Sumber: aawsat.com

Dalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti seperti menetapkan niat di malam hari iaitu selepas tenggelamnya matahari sehingga terbit fajar.

Berdasarkan hadis diriwayatkan oleh Hafsah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).


Mengikut mazhab Imam Malik pula berpendapat bahawa puasa seseorang itu juga sah jika dia sudah berniat untuk berpuasa di bulan Ramadan selama satu bulan.

Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menyatakan jika seseorang telah berniat pada hari pertama bulan Ramadan bahawa dia akan berpuasa selama satu bulan penuh, maka puasanya sah untuk sebulan selama mana tidak ada keuzuran yang memutuskan puasanya tersebut.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, puasa individu yang tertidur dalam situasi ini masih boleh diteruskan jika dia telah berniat untuk berpuasa sebulan pada awal malam bulan Ramadan sebagaimana pendapat Imam Malik.

Tapi kalau anda masih ragu-ragu, puasa tersebut boleh diteruskan dan kemudian menggantikannya pada masa akan datang sebagai langkah untuk keluar dari khilaf.

Sumber: Ramadan Tempo.co

Namun jika seseorang tidak berniat untuk berpuasa penuh selama sebulan dan tidak sempat untuk berniat pada malam hari, maka puasanya tidak sah pada hari tersebut sekiranya diteruskan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada sekiranya ada yang berdepan situasi sama.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd