Now Reading
Bangun Sahur Dikira ‘Niat’ Puasa Ke? Ini Penjelasan Seorang Ustaz

Bangun Sahur Dikira ‘Niat’ Puasa Ke? Ini Penjelasan Seorang Ustaz

Niat itu adalah qasad kehendak yang pasti atau tujuan di dalam jiwa. Jika kita telah ada qasad tujuan untuk berpuasa Ramadan pada siang hari, maka ia telah dikira sebagai niat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bulan Ramadan, antara bulan paling istimewa dan dinanti-nantikan.

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sekiranya dipilih sebagai tetamu di bulan yang mulia ini, iaitu:

  • Bertaubat.
  • Memperbaiki solat.
  • Melakukan ibadah tambahan
  • Kurangkan daripada menyebut perkataan tidak elok.
  • Mengelakkan pembaziran.
  • Tidur mengikut waktu.
  • Menetapkan niat dan banyak lagi.

Pendek kata, cuba yang terbaik untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Tak sukar, asalkan sentiasa istiqomah.

BACA JUGA: Rider Dipuji Luang Masa Baca Al-Quran. Ada Yang ‘Offer’ Berbuka Puasa Percuma Selama Sebulan!

Puasa Bulan Ramadan.

Seperti yang anda tahu, berpuasa dari segi bahasa adalah “Menahan diri”.

Dari segi istilah syarak pula bermaksud “Menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat”.

Sama seperti dengan perkara lain yang anda ingin lakukan, pasti ada niatnya bukan? Samalah dengan berpuasa.

Kredit: Freepik

Persoalannya, nak niat puasa setiap malam ataupun sebulan terus?

Mazhab Syafi’ie mengatakan bahawa wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain.

Mazhad Maliki pula mengatakan seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tak wajib niat setiap malam.

Walau bagaimanapun, anda boleh berpegang kepada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah bejaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.


Bangun Sahur Dikira Niat Puasa Ke?

Soalan popular yang sering diajukan setiap tahun oleh umat Islam. Kalau terlupa niat, tapi dah bangun sahur – itu dianggap sebagai niat puasa atau tidak?

Seorang pengguna Facebook (DrRozaimiRamle) dan merupakan seorang ustaz telah mengulas soalan ini supaya ianya mudah difahami oleh orang ramai. Beliau turut menyediakan beberapa senario jika ada yang masih tidak faham.

Baca perkongsian penuh di bawah:

[Adakah Bangun Sahur Dapat Dikira Sebagai Niat Puasa?]

Niat di sisi syarak merangkumi dua maksud.

Pertama bermaksud tujuan atau kehendak yang pasti dan kedua bermaksud ikhlas. Niat dengan maksud pertama adalah sesuatu perbuatan yang mudah dilakukan.

Akibat salah faham berkaitan niat, ada yang dihinggapi penyakit was-was hingga menyukarkan diri untuk beribadah.

Niat juga bukanlah susunan lafaz tertentu yang wajib di lafazkan dan dihafal.

Dalam masyarakat kita, tidak kurang juga yang memberikan alasan tidak sah puasa mereka atas dasar terlupa melakukan niat walhal dia telah bangun untuk bersahur.

Niat itu adalah qasad kehendak yang pasti atau tujuan di dalam jiwa. Jika kita telah ada qasad tujuan untuk berpuasa Ramadan pada siang hari, maka ia telah dikira sebagai niat.

Persoalannya, adakah bangun sahur dapat dikira sebagai niat puasa? Di sini merupakan tiga situasi:

  • Situasi 1: Hadi ikut bangun sahur bersama rakannya di kedai makan. Hadi memang tidak mahu berpuasa esok hari kerana dia adalah geng plastik hitam. Dia ikut sahur juga untuk berlakon di hadapan rakannya kononnya dia juga berpuasa.
  • Situasi 2: Akmal bangun sahur dan mengejutkan isteri serta keluarganya. Mereka pun makan sahur kerana untuk menjalani ibadah puasa Ramadan pada siang harinya.
  • Situasi 3: Abu makan dan minum sebelum 20 minit sebelum masuknya waktu subuh kerana ingin mengelakkan lapar dan dahaga untuk berpuasa Ramadan pada siang harinya.

Berdasarkan situasi di atas, situasi pertama sahur itu tidak dikira sebagai niat baginya. Hal ini disebabkan memang dia tidak menyimpan niat untuk berpuasa daripada awal walaupun dia bersahur.

Kesimpulannya, dapat difahami sekiranya seseorang itu bangun sahur kerana tujuan ingin menjalani ibadah puasa Ramadan pada pada siang harinya, maka itu telah dikira sebagai niat puasa.

Cuma yang lebih sukar sebenarnya ialah niat dengan makna kedua iaitu ikhlas. Inilah yang dititikberatkan oleh golongan Salaf kerana keikhlasan menjadi tumpuan utama mereka dalam ibadat.

BACA JUGA: Angkat Tangan 5 Minit & Doa Sebelum Buka Puasa. Tak Akan Ditolak Oleh Allah


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd