Now Reading
Spotify Wrapped Kini Kembali! Tapi Macam Mana Trend Ini Bantu Para Penyanyi?

Spotify Wrapped Kini Kembali! Tapi Macam Mana Trend Ini Bantu Para Penyanyi?

Satu lagi keunikan Spotify Wrapped pada tahun ini adalah golongan artis dari Amerika Syarikat dan Kanada boleh menawarkan diskaun kepada peminat mereka untuk sebarang pembelian merchandise.

spotify wrapped 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang perasan, ramai pengguna media sosial berkongsi visual ‘Spotify Wrapped 2023’ mereka memaparkan senarai penyanyi serta lagu-lagu yang sering dimainkan melalui platform Spotify.

Siap boleh tahu berapa minit korang meluangkan masa untuk mendengar lagu di Spotify dan jenis karakter berdasarkan kategori muzik pilihan.


Bagaimana Spotify Bantu Dari Segi Perkembangan Kerjaya Pemuzik?

Selain Spotify Wrapped, Artist Wrapped juga diwujudkan sejak tahun 2017 bagi membolehkan mereka mengetahui bagaimana pendengar berinteraksi menerusi platform penstriman tersebut.

Memetik sumber dari Spotify, Spotify Wrapped turut memberi makna yang cukup besar kepada kerjaya golongan penyanyi.

Pada tahun ini, artis boleh mengetahui bilangan individu yang pertama kali mendengar lagu mereka pada tahun ini. Dengan cara ini, para pemuzik boleh memahami pendengar dan meraih lebih ramai pendengar.

Spotify.

Sebelum ini, pemuzik dimaklumkan dengan jumlah peminat yang menempatkan mereka dalam senarai kedudukan 10 teratas menerusi Spotify Wrapped.

Namun buat pertama kali pada tahun ini, para artis juga boleh mengetahui tempoh yang diluangkan oleh peminat tegar mereka untuk mendengar karya mereka.

Sumber: Spotify Newsroom

Satu lagi keunikan Spotify Wrapped pada tahun ini adalah golongan artis dari Amerika Syarikat dan Kanada boleh menawarkan diskaun kepada peminat mereka untuk sebarang pembelian merchandise.

Selain itu, Spotify juga sedang membuat percubaan untuk melakukan ‘Wrapped Listening Parties’ di mana para artis akan menjemput ‘top fan’ mereka ke dalam bilik audio sambil mendengar muzik secara live dan berinteraksi bersama-sama.


Siapa Artis Paling ‘Top’ Seluruh Dunia Pada Tahun Ini Di Spotify Wrapped?

Selepas mengumpulkan kesemua data pendengar daripada Spotify Wrapped 2023, berikut adalah artis yang mendapat perhatian di seluruh dunia.

1. Taylor Swift
2. Bad Bunny
3. The Weeknd
4. Drake
5. Peso Pluma
6. Feid
7. Travis Scott
8. SZA
9. Karol G 
10. Lana Del Rey

Sumber: Instagram

Untuk senarai lagu yang sering dimainkan oleh pendengar seluruh dunia pula adalah:

1. Flowers – Miley Cyrus
2. Kill Bill – SZA
3. As It Was- Harry Styles
4. Seven (feat. Latto) – Jung Kook
5. Ella Baila Sola – Eslabon Armado, Peso Pluma
6. Cruel Summer – Taylor Swift
7. Creepin’ (with the Weeknd & 21 Savage) – Metro Boomin, the Weeknd, 21 Savage
8. Calm Down (with Selena Gomez) – Rema, Selena Gomez
9. Shakira: Bzrp Music Sessions, Vol. 53 – Bizarrap, Shakira
10. Anti-Hero – Taylor Swift

Sumber: Billboard

Bagaimana Spotify Wrapped Bermula?

Sebagai info, Spotify Wrapped ini mula dilancarkan pada tahun 2013 dan kebiasaannya akan dipamerkan dalam aplikasi Spotify pengguna pada penghujung tahun.

Sumber: Spotify

Namun sebelum tahun 2016, ia tidak disebut sebagai ‘Spotify Wrapped’ tetapi diperkenalkan dengan nama ‘Year In Review’.

Pada tahun ini, Spotify Wrapped kembali sehari lebih awal berbanding tahun lalu iaitu dipaparkan mulai semalam (29 November).

Sumber: Spotify

Kalau nak tahu korang banyak dengar lagu apa tahun ini, boleh tengok di Spotify Wrapped.

Baca Artikel Berkaitan: Lagu Taylor Swift Jadi Pilihan Pelajar GPA 3.5 & Ke Atas Ketika Ulangkaji Pelajaran Sambil Dengar Muzik Di Spotify

Baca Artikel Berkaitan:  Spotify Bakal Naik Harga

Baca Artikel Berkaitan: ‘Old Love’ Nyanyian Anak Nora Ariffin Terima Anugerah Malaysia Book Of Record, Lagu Paling Banyak Didengari Oleh Rakyat Negara Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd