Now Reading
“Park Sehari Sebelum!” – Lelaki Ini Kongsi Tips Buka Car Boot Sale Di Kota Damansara

“Park Sehari Sebelum!” – Lelaki Ini Kongsi Tips Buka Car Boot Sale Di Kota Damansara

Jualan Car Boot Kota Damansara, Selangor dibuka pada setiap hari Ahad sahaja bermula 7 pagi hingga 11 malam.

car boot sales jason

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Membeli pakaian terpakai sudah menjadi satu trend yang boleh dilihat dalam kalangan orang muda sekarang ini.

Kadangkala pakaian yang dijual di bundle ini sangat berkualiti dan masih dalam keadaan serba baharu walaupun ianya barang terpakai.

Kepada mereka yang sedang berjimat-cermat, membeli pakaian terpakai adalah salah satu cara untuk mengurangkan kos perbelanjaan.


Lelaki Kongsi Tips Jual Pakaian Terpakai Di Car Boot Sales, Kota Damansara

Baru-baru ini, seorang influencer dan pengkritik makanan terkenal di TikTok yang dikenali sebagai Jason juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai jualan Car Boot di Kota Damansara yang hangat diperkatakan oleh orang ramai ketika ini.

Menerusi perkongsian video di TikTok (@scaredtodie), Jason telah berkongsi pengalamannya semasa menjadi salah seorang peniaga di tapak car boot berkenaan.

Secara keseluruhannya, Jason berasa puas hati dan berbaloi selepas seharian menyertai jualan itu.

Walaupun penat dan berpanasan, dia bakal menjual lagi pakaian terpakai pada masa akan datang kerana sokongan baik yang diterima olehnya.

Sumber: TikTok (@scaredtodie)

Selepas menyertai jualan car boot tersebut, Jason berkongsi beberapa tips penting bersama orang ramai yang berhasrat untuk cuba menjual barangan terpakai di sana. Antaranya:

1. Parkir kereta sehari sebelum hari jualan.

Menurut Jason, parkir kereta sehari awal membolehkan anda cop tempat dan mendapatkan lokasi yang strategik agar menjadi tumpuan para pembeli. Dia telah parkir keretanya di kawasan tersebut sehari sebelum jualan pada hari Sabtu seawal jam 7 pagi.

2. Bersihkan dan cuci pakaian.

Selepas mendapatkan tempat parkir, mereka menuju ke dobi berhampiran untuk membasuh kesemua baju yang bakal dijual di jualan car boot itu.

Paling penting jangan lupa meletakkan harga bagi setiap pakaian yang ingin dijual. Guna pelekat biasa sahaja pun boleh.

Sumber: TikTok (@scaredtodie)

3. Datang awal semasa hari jualan.

Influencer ini terkejut apabila dia melihat ramai penjual yang sudah bersedia seawal 6.20 pagi pada hari Ahad tersebut.

Untuk info, ada juga pembeli yang datang awal ke acara itu untuk mengelakkan kesesakan. Jika anda datang awal, bolehlah ‘set up’ bonet kereta anda dengan tenang dan tidak tergopoh-gapah.

4. Bawa kelengkapan yang cukup.

Semasa hari kejadian, Jason berkata dia tidak mempunyai penyangkut baju yang mencukupi dengan jumlah pakaian yang hendak dijual. Oleh sebab itu, dia terpaksa menggunakan tote beg IKEA miliknya sebagai alas untuk mempamerkan baju berlebihan yang tidak disangkut.

Jason juga mengingatkan para penjual untuk bawa kerusi serbaguna kerana tiada tempat duduk akan disediakan.

Sumber: TikTok (@scaredtodie)

5. Sediakan ‘shade’ untuk kereta dan diri sendiri.

Oleh kerana cuaca panas di Malaysia ini, Jason turut menasihati penjual agar membawa payung dan ‘shade’ untuk kereta anda yang boleh didapati di hardware.

Sumber: TikTok (@scaredtodie)

Info Tentang Jualan Car Boot Di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Kalau anda nak tahu, jualan Car Boot di Kota Damansara merupakan salah satu jualan car boot yang tular dan terkenal di media sosial ketika ini.

Jualan Car Boot Kota Damansara, Selangor dibuka pada setiap hari Ahad sahaja bermula 7 pagi hingga 11 malam. Tapak jualan ini terbuka buat mereka yang mahu menjual barang terpakai atau barangan ‘collector’.

Barangan baharu atau makanan dan minuman tidak dibenarkan ya. Take note!

  • Lokasi tapak: No. A-8-1 Block A, Jalan Terknologi 3/9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Sumber: Facebook (Car Boot Sales Kota Damansara)

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Makan Lembu Pendek” – Owner Cheesetart Buncit Muat Naik Video Berbaur Rasis Bikin Ramai Bengang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Peniaga Bundle Geram Siap Koyak Baju Jualan Lepas Pelanggan Bida Harga Rendah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Zain Saidin Jual Baju Che Ta Harga RM5 Di Car Boot Sale Buat Ramai Netizen Terhibur

Sumber: Tiktok (@scaredtodie) | Facebook Car Boot Sales Kota Damansara


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd