Now Reading
[Video] Gelagat Zain Saidin Jual Baju Che Ta Harga RM5 Di Car Boot Sale Buat Ramai Netizen Terhibur

[Video] Gelagat Zain Saidin Jual Baju Che Ta Harga RM5 Di Car Boot Sale Buat Ramai Netizen Terhibur

Zain Saidin dilihat berniaga di pasar ‘car boot’ di Kota Damansara dengan menjual pakaian terpakai milik Rozita Che Wan.

[Video] Gelagat Zain Saidin Jual Baju Che Ta Harga RM5 Di Carboot Sale Buat Ramai Netizen Terhibur

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak anda rasa macam baju dalam almari terlalu banyak sehingga sukar untuk menutup dan membukanya? Kadangkala rasa rimas pula tengok keadaan almari yang begitu penuh.

Sesetengah orang akan mengambil inisiatif untuk menjual baju terpakai mereka di beberapa platform atas talian atau di tapak berniaga seperti pasar jualan dan ‘car boot sale’.

Alang-alang dapat menjana pendapatan sampingan, almari pun dapat ‘bernafas’ dengan ruang yang lebih luas.


Zain Saidin Jual Baju Che Ta Dengan Harga RM5 Di Jualan ‘Car Boot’

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@fybaharuddin), seorang wanita berkongsi suasana ketika berkunjung ke jualan ‘car boot’ di Kota Damansara dan terlihat kelibat seorang artis tanah air.

Pada mulanya, mungkin wanita tersebut agak kurang yakin sama ada betul atau tidak individu yang dilihatnya. Mana tidaknya, dia terlihat suami kepada pelakon, Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin berniaga di lokasi tersebut.

Dalam video tersebut, Zain dikatakan menjual baju terpakai milik isterinya dikenali sebagai Che Ta dengan harga serendah RM5 sahaja.

Video rakaman menunjukkan gelagat Zain itu mendapat perhatian sehingga meraih 1.4 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@fybaharuddin/video/7261419971325021458

Ramai Netizen Terhibur Lihat Gelagat Zain Saidin Berniaga Baju Terpakai Che Ta Di Pasar Jualan ‘Car Boot’

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tidak menyangka pakaian milik Che Ta dijual dengan harga serendah RM5 sahaja di pasar jualan tersebut.

Maklumlah kita semua tahu bahawa Che Ta merupakan individu yang bergaya dalam pemakaiannya.

Malah, mereka juga bergurau dan bertanya sama ada Che Ta tahu atau tidak tentang jualan yang dilakukan oleh suaminya itu.


Tips Untuk Berniaga Di Pasar Jualan ‘Car Boot’

Mungkin ada di antara anda yang teringin untuk berniaga di pasar jualan ‘car boot’ tapi tak tahu macam mana caranya.

Jom kami kongsikan beberapa tips untuk menjual di pasar ‘car boot’ bagi membantu anda meraih pendapatan sampingan. Antaranya:

  • Cara lokasi pasar ‘car boot’ yang sesuai mengikut lokasi anda.
  • Membuat tinjauan tentang harga tapak pasar.
  • Menyusun barangan jualan dengan kemas.
  • Menyediakan papan tanda harga yang jelas untuk dilihat oleh pengunjung.
  • Menyediakan beg plastik yang mencukupi untuk pelanggan.
  • Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh penganjur.
  • Pandai dalam tawar-menawar harga dengan pelanggan.

Artikel Berkaitan: Nak Jual Barang Di Carousell? Ini 5 Tips Mudah Untuk Anda

Sumber: TikTok @fybaharuddin | Hanim Hashim


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd