Now Reading
Nak Jual Barang Di Carousell? Ini 5 Tips Mudah Untuk Anda

Nak Jual Barang Di Carousell? Ini 5 Tips Mudah Untuk Anda

Carousell merupakan salah satu platform yang menjadi pilihan orang ramai untuk menjual barangan terpakai mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali kemas almari baju, rasa macam banyak sangat pakaian yang tak dipakai. Nak buang, sayang pula. Nak biar je, takut tak terpakai semuanya.

Kadang-kadang baju yang baru beli pun tak pakai lagi, tapi kita dah beli baju baru. Siapa pernah macam ini?

Jadi kalau anda rasa nak kosongkan almari baju atau menjual apa-apa barangan yang tidak digunakan lagi, ada banyak je alternatif mudah zaman sekarang. Antaranya aplikasi Carousell.

BACA JUGA: Nak Pindah Rumah Baru? Gudang Perabot Di Kampung Melayu Subang Ini Ada Barang Rare!

Sumber: Caousell

Cara Mudah Untuk Jual Barang Terpakai Menggunakan Aplikasi Carousell

Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@jancoca), lelaki ini berkongsi pengalamannya menjual dua buah iPad dan terkejut apabila mendapat sambutan menggalakkan sehingga berjaya meraih RM6,700 dalam tempoh seminggu.

Mesti ada nak tahu macam mana lelaki ini boleh ‘tawan’ hati pembeli kan?

Jangan risau, dia juga berkongsi tips mudah darinya yang diharapkan dapat membantu orang lain di luar sana.

Antaranya:

1. Buat Akaun Carousell Anda

Sumber: Twitter/@jancoca

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mencipta akaun anda dan pastikan akaun tersebut disahkan. Macam mana nah sahkan akaun anda? Caranya adalah dengan memastikan segala maklumat seperti e-mel, nombor telefon dan akaun Facebook adalah benar.

Bila akaun kita telah disahkan oleh Carousell, barulah nampak kita ini seperti seorang penjual yang boleh dipercayai.

Maklumlah sekarang ini banyak jenayah penipuan yang berlaku atas talian dan telah merisaukan ramai pihak.

BACA JUGA: 99 Speedmart Nafi Buat Promosi Beri Barangan Di Facebook. Hati-hati!

2. Senaraikan Barangan Yang Hendak Dijual

Sumber: Twitter/@jancoca

Langkah yang seterusnya adalah menyenaraikan barang anda dalam akaun tersebut.

Gambar yang berkualiti juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik minat pembeli. Selain itu, jenis kategori juga perlu dipilih dengan tepat. Kalau and mahu jual baju terpakai, boleh klik pada kategori “Women’s Fashion” dan sebagainya.

Untuk nama barangan juga menjadi faktor pencarian pembeli. Paling penting, kena ada kata kunci barangan itu yang biasa digunakan dalam pasaran seperti iPad, jenama tudung dan lain-lain.

Lebih baik buat ‘market research’ dulu. Tengok-tengok juga peniaga lain tulis tajuk apa untuk barangan terpakai mereka.

3. Pilih Jenis Kondisi Barangan Anda

Sumber: Twitter/@jancoca

Kebanyakan barangan terpakai akan mempunyai beberapa jenis kondisi mengikut cara ia digunakan atau dijaga oleh pemilik sebelumnya.

Jadi untuk ruangan ini, antara pilihan kondisi yang tertera adalah:

  • Brand new
    • Tak pernah digunakan dan masih di dalam kotak atau mempunyai tag.
  • Like new
    • Hanya digunakan sekali dua sahaja dan nampak seperti baharu.
  • Lightly used
    • Sudah digunakan dan dijaga dengan elok. Terdapat beberapa kesan yang tidak terlalu ketara.
  • Well used
    • Kerap digunakan dan mempunyai kesan kecil.
  • Heavily used
    • Kerap digunakan dan mempunyai kesan yang agak ketara.

4. Tulis Maklumat Tentang Barangan Yang Dijual

Sumber: Twitter/@jancoca

Untuk lebih mudah dibaca oleh bakal pembeli, maklumat tentang barangan yang dijual itu perlulah ditulis dalam bentuk ‘point’. Nak tambah emoji pun boleh juga.

Kebiasaanya penjual akan memberitahu kondisi barangan itu dan memberi ‘rate’ bagi membolehkan pengguna mengetahui keadaan sebenar.

5. Cara Untuk Berurus Niaga

Sumber: Twitter/@jancoca

Dalam Carousell ini ada pelbagai jenis cara berurusan yang ditawarkan. Nak pos boleh, nak COD (Cash on Delivery) pun boleh.

Kalau anda mahu mengepos barang yang dijual, terdapat dua pilihan iaitu menggunakan perkhidmatan PosLaju secara percuma atau syarikat lain.

Mereka yang ingin berkesempatan untuk COD, pastikan anda klik pada ‘Meet-up’ dan sertakan juga lokasi.

Untuk barangan yang berharga RM200 dan ke atas, anda digalakkan untuk menggunakan Carousell Protection untuk elak ditipu dengan sebarang pembelian menerusi platform tersebut.

Dengan menggunakan Carousell Protection ini, duit yang dibayar oleh pembeli akan ‘on hold’ sehinggalah mereka menerima barangan berkenaan.

Sumber: Carousell Help Centre
Sumber: Carousell Help Centre

Selepas siap semua langkah , jangan lupa tekan ‘List It’. Apa tunggu lagi? Bolehlah mula cari barang-barang yang dah lama berhabuk dalam rumah kita tu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd