Now Reading
Nak Pindah Rumah Baru? Gudang Perabot Di Kampung Melayu Subang Ini Ada Barang Rare!

Nak Pindah Rumah Baru? Gudang Perabot Di Kampung Melayu Subang Ini Ada Barang Rare!

Daripada vintage, klasik, minimalist, modern, kesemuanya ada ditawarkan di Gudang Perabot Unearth, terletak di Kampung Melayu Subang.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau anda memiliki perancangan untuk masuk ke rumah baharu, perkara pertama yang akan muncul di fikiran pastinya perabot untuk menghiasi kediaman anda mengikut tema pilihan hati.

Ada yang sukakan tema modern, klasik, vintage, minimalist, dan sebagainya.

Tapi masalahnya, sesetengah kedai perabot menjualnya dengan harga yang tinggi melambung. Kalau nak beli satu atau dua buah perabot, okay lah. Nak beli untuk satu rumah, terus kering poket. Alamatnya, kena catu makan pula.

Gambar sekadar hiasan.

Gudang Perabot Di Kampung Melayu Subang Tawar Pelbagai Jenis Tema Perabot

That’s right!

Daripada vintage, klasik, minimalist, modern, kesemuanya ada ditawarkan di Gudang Perabot Unearth, terletak di Kampung Melayu Subang. Gudang ini bukan sebarang gudang, kami masuk pun rambang mata!

Pelbagai fakta menarik yang diberitahu kepada team TRP ketika kunjungan kami di sana. Tapi sebelum itu, korang boleh tengok dulu ‘sneak peak’ gudang ini.

gudang kampung melayu subang
Sumber: TRP/Siti Murni

Dari luar pun dah tahu besar, kena ambil masa beberapa jam untuk betul-betul ‘menyelam’ di sana. Nak tengok satu per satu perabot pun bukannya sekejap ya.

gudang kampung melayu subang
Sumber: TRP/Siti Murni

Sebelum itu, gudang perabot ini bukan sahaja menjual perabot baharu dan terpakai (yang sudah diperbaharui), malah mereka juga menawarkan servis untuk anda membuang (dispose) perabot lama yang tidak terpakai.

Ini bermaksud, jikalau anda memiliki set sofa di rumah yang tidak digunakan lagi, anda boleh membawanya ke gudang ini dan mereka akan bantu anda dispose perabot tersebut.

Walau bagaimanapun, akan ada upah membuang yang mereka akan caj kepada anda. *Tertakluk kepada terma dan syarat.*

Sumber: TRP/Siti Murni

Perabot tersebut juga akan diperbaharui ataupun dibuang serta-merta mengikut kepada keadaan. Kalau masih elok dan boleh diperbaharui, mereka akan menghantar kepada team yang bertugas.

Sebagai contoh, sofa-sofa yang ditunjukkan ini adalah hasil daripada perabot disposal yang dihantar ke sana. Team mereka akan mengasingkannya dan cuba yang terbaik untuk membaikpulih barangan tersebut dalam masa-masa tertentu.

Kebiasaannya, sebuah sofa akan mengambil masa 2-3 jam untuk diperbaharui semula. Mengikut kepada keadaan. Kalau teruk, mungkin lama sikit.

gudang kampung melayu subang
Sumber: TRP/Siti Murni

Selain perabot rumah, ada juga peralatan muzik yang dijual dan dihantar ke sana. Tetapi buat masa ini mereka belum lagi menyediakan servis untuk membaiki ataupun memperbaharui alatan muzik. Mereka hanya akan cuba untuk mengilatkan barangan tersebut dan menjualnya sebagaimana yang dihantar.

gudang kampung melayu subang
Sumber: TRP/Siti Murni

Untuk pengetahuan anda, barangan yang dihantar ke gudang ini adalah berbeza setiap hari. Mereka mempunyai sistem di mana sebelum barangan dihantar, ia akan dimuat naik ke dalam sistem rangkain tertutup syarikat untuk diteliti terlebih dahulu.

Paling menarik, dalam minggu ini, team TRP diberitahu akan ada sebuah almari vintage yang pastinya akan menjadi kegilaan ramai. Kalau anda nak tahu, kebanyakan barangan/perabot vintage atau rare yang dipamerkan kini sudah selamat di tangan pemilik baru. Memang laku keras!

Mana taknya, harga asal RM2,000, mereka menjual kembali dengan RM800 je!

gudang perabot kampung melayu subang
Kerusi bagaikan di istana! Cantik, kan? Ini barang rare tau. Tak semua tempat jual.
(Sumber: TRP/Siti Murni)
gudang perabot kampung melayu subang
Sofa 2-seater ini telah diperbaharui. Kami cuba duduk tadi, memang empuk dan selesa. Warna pun masih cantik.
(Sumber: TRP/Siti Murni)
gudang perabot kampung melayu subang
Harga set (2 buah) sofa biru ini hanya RM2,500! Murah sangat berbanding dengan harga asal!
(Sumber: TRP/Siti Murni)

Kami di sana lebih kurang 1 jam sahaja, tapi dah rambang mata. Dengan harga murah dan berbaloi untuk dibeli dan dimiliki, rasa nak panggil lori je angkut!


“Buy Nothing Corner” Bakal Diwujudkan

‘Buy Nothing Corner’ ataupun Donation Corner ini adalah projek terbaharu oleh Unearth di mana akan ada satu sudut mereka akan meletakkan perabot atau barangan yang sudah lama dan tidak lagi menjadi ‘demand’ pada zaman sekarang untuk diberikan secara percuma.

Yes, FREE OF CHARGE!

Tapi janganlah ingat barangan vintage, sofa cantik-cantik itu ya. Kalau nak tahu apa barangan yang tersedia, anda boleh pergi sendiri ke Gudang Perabot Unearth.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu daftar di kaunter dan pergi ke corner tersebut untuk memilih barangan yang ingin dibawa pulang secara PERCUMA. Kalau nak bayar boleh, RM10 pun tak apa. Kalau nak ambil secara percuma pun boleh.

Asalkan barangan tersebut ‘bertuan’ dan tidak dibuang begitu sahaja.

Check Out Boss Eric @ Unearth Di TikTok!

Kalau anda kaki TikTok, boleh tengok update Unearthstore menerusi TikTok dan lihat sendiri barangan ‘rare’ yang dipromosikan di sana.

Konten-konten Boss Eric boleh tahan kelakar juga ya. Terhibur hati kami.

@unearthstore Dekat sini je kita orang bagi harga retro fridge yang tak masuk akal ni🤪 #retrofridge #secondhand #unearth ♬ Aesthetic – Tollan Kim

Kunjungi Gudang Perabot Unearth Di Kampung Melayu Subang, Hari Ini

Sumber: TRP/Siti Murni

Gudang Perabot Terpakai, Unearth ini telah beroperasi sejak Mac, 2022. Sebelum ini mereka pernah memiliki gudang di Klang. Walau bagaimanapun, disebabkan ‘demand’ yang tinggi dan barangan perabot semakin banyak, mereka memerlukan ruang lebih besar.

Sebab itulah mereka membuat keputusan untuk berpindah ke Kampung Melayu Subang.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan servis yang ditawarkan oleh Unearth Sdn Bhd, boleh klik terus ke website mereka di LINK INI.

  • Alamat: Lot 4004, Lorong 1D, Kampung Baru Subang, Seksyen U6, 40150, Shah Alam, Selangor.
  • Nombor Telefon:
    • 016 940 6099 (WhatsApp sahaja, untuk pengambilan perabot).
    • 017 360 8137 (WhatsApp sahaja, untuk pembelian perabot).
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 7 pm.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd