Barangan BTS Antara ‘Keyword’ Paling Kerap Dicari Oleh Rakyat Malaysia
Barangan BTS antara kata kunci paling kerap dicari oleh rakyat Malaysia bagi barangan terpakai, menurut Indeks Perdagangan Semula Kumpulan Carousell.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, Kumpulan Carousell, platform peneraju berbilang kategori bagi barangan terpakai di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, menerbitkan laporan Indeks Perdagangan Semula Carousell (Edisi Ulang Tahun Ke-10).
Sepanjang sedekad yang lalu, menurut data yang diterima dari pengguna, Kumpulan Carousell telah melanjutkan kitaran hayat berjuta barangan.
Barangan tersebut termasuk:
- 76.8 juta dalam kategori Fesyen.
- 33.9 juta dalam kategori Elektronik.
- 26.6 juta dalam kategori Hobi & Mainan.
- 11.1 juta dalam kategori Rumah & Perabot.
- 10.6 juta dalam kategori Bayi & Kanak-kanak.
IKEA, BTS & Nike Antara Kata Kunci Paling ‘Hangat’ Dicari!
Di Malaysia, Kumpulan Carousell merupakan perintis utama dalam industri perdagangan semula. Ini terbukti melalui 46% responden kajian di negara ini menyatakan mereka membeli dan menjual barangan terpakai di platform tersebut.
Untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang impak Kumpulan Carousell. Ianya seumpama iPhone X disusun secara meninggi namun ketinggian adalah lebih 10,000 kali ketinggian berbanding Menara Berkembar Petronas di Malaysia.
Laporan tersebut juga mengemukakan trend utama dalam setiap pasaran; khususnya untuk Carousell Malaysia dan Mudah.my adalah seperti berikut:
- 3 kategori teratas yang paling popular bagi menjual barangan terpakai ialah Fesyen, Elektronik dan Kereta.
- 3 kategori teratas barangan terpakai yang paling popular dilayari ialah Fesyen, Kereta dan Hobi & Mainan.
- 3 kata kunci yang paling banyak dicari sepanjang masa ini bagi barangan terpakai: IKEA, BTS dan Nike.
Perdagangan semula (re-commerce) merujuk kepada penjualan dan pembelian produk yang pernah dimiliki sebelum ini, termasuk dalam keadaan baharu dan juga terpakai.
Laporan itu merangkumi data daripada 9 daripada jenama sekeluarga Kumpulan Carousell di seluruh pasaran Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan – Carousell, Cho Tot, Laku6, Mudah.my, OneKyat, One Shift, Ox Luxe, Ox Street dan Refash.
Carousell Bakal Rancang ‘Upgrade’ Dari Segi Ciri Teknikal
Semenjak penubuhan Carousell pada tahun 2012 sebagai aplikasi mobile-first untuk memudahkan transaksi penjualan dan pembelian barang yang kurang digunakan, Carousell telah berkembang daripada pasaran iklan pengguna-ke-pengguna (C2C) kepada platform berbilang kategori bagi barangan terpakai di Asia Tenggara, Hong Kong, dan Taiwan.
Untuk menjadikan platform Carousell lebih mesra pengguna dan mempercepatkan perdagangan semula bagi dekad seterusnya, terdapat pelbagai penambahbaikan dari segi ciri-ciri teknikal dan perkhidmatan yang telah dirancang.
Tujuan penambahbaikan akan memudahkan pembelian barangan terpakai dan menambahkan kepercayaan pengguna Kumpulan Carousell seperti membeli barangan baharu.
Laporan tahun ini, yang juga merupakan edisi Ulang Tahun ke-10, menjadi penanda aras untuk memahami tingkah laku pengguna pasca era COVID-19. Laporan tersebut membantu kami untuk mengikuti arus perubahan di Malaysia supaya kami akan terus memacu dalam pertumbuhan perdagangan semula.
Lucas Ngoo, antara pengasas Kumpulan Carousell.
Mengulas lanjut, Lucas turut menjelaskan bahawa, “Sebagai kumpulan yang berasaskan misi untuk menangani masalah pembelian berlebihan melalui teknologi, kami berbesar hati kerana platform kami telah berjaya menjual berjuta barangan terpakai dan yang tidak lagi digunakan untuk digunakan semula.
“Secara tidak langsung, mengurangkan pencemaran alam dan melindungi alam sekitar. Selain itu, platform kami turut membantu menjana pendapatan sampingan untuk pengguna-pengguna di Carousell.
“Kami akan berusaha untuk meneruskan misi bagi menggalakkan kelestarian (sustainability) dan ekonomi pekeliling (circular economy) di Malaysia,” jelasnya.
BACA JUGA: Nak Jual Barang Di Carousell? Ini 5 Tips Mudah Untuk Anda
Laporan Indeks Perdagangan Semula Carousell (Edisi Ulang Tahun Ke-10) boleh dimuat turun di LINK INI.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.