Now Reading
Pameran World Tour BTS Pilih Malaysia Sebagai Negara Asia Pertama, Bakal Dibuka Disember Ini

Pameran World Tour BTS Pilih Malaysia Sebagai Negara Asia Pertama, Bakal Dibuka Disember Ini

Peminat boleh mengimbau kembali perkembangan kerjaya kumpulan BTS dari tahun 2020 sehingga 2022 di pameran B-Verse (BTS, Singing the Stars).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada peminat kumpulan korea BTS, ada berita baik untuk korang!

BTS secara rasminya akan memulakan pameran World Tour B-Verse (BTS, Singing the Stars) anjuran The Fact dan dipersembahkan oleh Seni Jaya.

Lebih istimewa lagi, pameran tersebut akan ‘mendarat’ di Malaysia pada bulan Disember ini sebagai negara pertama di Asia Tenggara dalam jelajah berkenaan.

Sumber: Koreaboo

Apa Yang Ada Di Pameran B-Verse (BTS, Singing the Stars) Ini?

Pameran ini wujud bagi meraikan perjalanan kerjaya dalam dunia hiburan kumpulan tersebut dari tahun 2020 sehingga 2022.

Sambil-sambil itu, para peminat juga boleh mengimbau kembali detik bersejarah perkembangan muzik BTS sejak dua tahun lalu seperti kemenangan bersejarah di The Fact Music Awards in 2022.

Bagi pengunjung yang bercadang untuk ke pameran ini, anda akan memulakan perjalanan dengan bilik VR yang lengkap berserta sistem bunyi berkualiti konsert.

Selain itu, pameran berkenaan juga akan menampilkan beberapa bilik berlainan yang diberi nama ‘The 7 Planets Experience’ bagi mencerminkan setiap ahli kumpulan dengan personaliti berbeza.

Terdapat juga tarikan ARMY WAY di mana peminat boleh menikmati lirik yang menyentuh hati daripada lagu-lagu ikonik BTS dan menerima mesej serta foto eksklusif kumpulan itu di TMA.

Antara tarikan lain di pameran BTS adalah seperti Face to Face, Intro: Orbital Tunnel, BTS Universe, dan Photo Zone.

Sebelum pulang, peminat yang hadir juga berpeluang mendapatkan barangan edisi terhad juga ya!

Kepada anda yang mahu mengetahui maklumat lebih lanjut tentang pameran ini, ia akan dikongsikan dalam tempoh terdekat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd