Now Reading
“Orang Makan Lembu Pendek” – Owner Cheesetart Buncit Muat Naik Video Berbaur Rasis Bikin Ramai Bengang

“Orang Makan Lembu Pendek” – Owner Cheesetart Buncit Muat Naik Video Berbaur Rasis Bikin Ramai Bengang

Seorang pengkritik makanan yang dikenali sebagai Jason menerusi video TikTok telah memberi rating 3.5/10 bagi Cheesetart Buncit yang dicubanya di Absolut Food Fest baru-baru ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang pengguna TikTok (@scaredtodie) yang dikenali sebagai Jason merupakan seorang pengkritik makanan yang sering melakukan reviu terhadap makanan yang dicubanya.

Baru-baru ini dia telah menghadiri Absolut Food Fest di Stadium Bukit Jalil yang menghimpunkan lebih 200 gerai makanan. Antara makanan yang dicubanya adalah Gigi Hadid Spaghetti Seafood dari Souqa Pasta, milkshake mangga dan Cheesetart Buncit yang dibeli pada harga RM15 enam biji.

@scaredtodie

people i met here big W

♬ original sound – Jason

Sebagai penggemar cheesetart, dia berkata makanan itu mempunyai rasa yang pelik dan perasa yang diletakkan di atas tidak sebati dengan rasa keju. Kurang gemar dengan rasanya, Jason memberi rate 3.5 per 10 bagi cheesetart itu.

Disebabkan oleh reviu tersebut, seorang pengguna TikTok telah meninggalkan satu komen di akaun @cheesetartbuncit.hq.

Dulu teringin, lepas Jason rate 3.5/10, terus tak jadi nak rasa haha.

Pengguna TikTok.

Cheesetart Buncit kemudiannya membuat satu video respon berkenaan komen tersebut. Mereka bertanya siapakan gerangan Jason yang dimaksudkan kerana mereka tidak mengenalinya.

Malah, mereka turut mendakwa bahawa daripada 100 orang, sememangnya terdapat empat hingga lima individu yang merasakan cheesetart tersebut tidak sedap.

Cheesetart Buncit berkata setiap individu mempunyai tekak, yakni cita rasa yang berbeza. Namun video tersebut dilihat berbaur perkauman apabila dia seolah-olah mengaitkan cita rasa dengan bangsa seseorang.

Tak akan aku nak paksa orang yang suka makan lembu pendek tu suka makan nasi lemak.

TikTok @cheesetartbuncit.hq.

Untuk info, ‘lembu pendek’ sebenarnya merujuk kepada khinzir yang digunakan sebagai contoh memandangkan Jason merupakan seorang berbangsa Cina.


Jason Muat Naik Video Respon Kepada Owner Cheesetart Buncit

Jason kemudiannya telah membuat satu video sebagai respon terhadap peniaga cheesetart tersebut.

Dia bersetuju bahawa tidak ramai orang mengenali dirinya dan setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza.

Jason berkata dia tidak suka dengan ‘echo chamber’ iaitu keadaan di mana seseorang hanya berhadapan dengan pendapat yang serupa dengannya dan sebarang idea baharu tidak diraikan.

Dia suka apabila terdapat individu yang mempunyai cita rasa yang sama dengannya sama ada dia menggemari suatu makanan ataupun tidak.

Namun begitu, dia turut menghormati mereka yang mempunyai cita rasa yang berbeza dengannya.

Jason berkata perkongsian pendapat yang berbeza terhadap makanan menunjukkan kejujuran setiap individu.

Walau bagaimanapun, dia mempersoalkan tindakan pemilik Cheesetart Buncit yang bersifat rasis menerusi video yang dimuat naik olehnya.

Tindakan pihak mereka itu seolah-olah seperti ingin melarang golongan ‘tekak lembu pendek’ daripada mencuba makanannya.

@scaredtodie weiiiii sis @cheesetartbuncit.hq ♬ original sound – Jason

Dalam masa yang sama, netizen memuji Jason yang sering memberikan reviu jujur bagi makanan yang telah dicubanya.


Jason Pernah Reviu Piza Wagyu Jofliam

Jason Chen merupakan seorang pengkritik makanan yang sering memuat naik video reviunya di platform media sosial TikTok. Pada setiap videonya, dia pasti tidak lupa untuk memaparkan harga makanan yang dicubanya.

Dia turut menerima cadangan netizen yang memintanya untuk mencuba suatu makanan.

Sebelum ini, dia pernah membuat reviu piza wagyu Jofliam dan memberi rating 7.5/10. Dia juga mencadangkan kedai piza lain yang turut menyediakan topping wagyu pada harga tiga kali lebih murah.

Video tersebut telah tular dan turut menerima reaksi kurang senang daripada Jofliam sendiri. Jofliam berkata dia tidak marah dengan reviu yang diterimanya, tetapi dia rasa dipergunakan apabila pizanya digunakan sebagai kandungan untuk mempromosikan produk lain.

@scaredtodie now i can sleep in peace #makanlokal #inspirasiramadan #bukapuasa ♬ original sound – Jason

Artikel Berkaitan: “Dulu Cuma Buat Sebab Hobi Je” – Jofliam Raih Tempat Ke-4 Dalam Pertandingan Piza Di Itali

Sumber: TikTok @cheesetartbuncit.hq & @scaredtodie


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd