Now Reading
“Dulu Cuma Buat Sebab Hobi Je” – Jofliam Raih Tempat Ke-4 Dalam Pertandingan Piza Di Itali

“Dulu Cuma Buat Sebab Hobi Je” – Jofliam Raih Tempat Ke-4 Dalam Pertandingan Piza Di Itali

Jofliam telah meraih tempat keempat daripada 50 peserta lain dari pelbagai negara dalam pertandingan memasak piza di Tutto Pizza Expo di Itali.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sebagai rakyat Malaysia, mesti kita semua akan tumpang bangga apabila ada di antara kita yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. 

Salah seorangnya adalah pencipta kandungan digital iaitu Sofyank yang sebelum ini dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan ‘Ultimate Vfx Challenge’ di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh content creator, Zach King.

Bukan itu sahaja, dia juga buat pertama kalinya membuat video kolaborasi bersama Zach King dan mendapat banyak reaksi positif dari masyarakat seluruh dunia.

BACA JUGA: Sofyank & Zach King Pertama Kali Buat Video Bersama, Raih Lebih 5 Juta Tontonan Kurang Dari 24 Jam


Piza Jofliam Raih Tempat Ke-4 Daripada 50 Dalam Pertandingan Pizza Di Itali

Baru-baru ini, seorang lagi individu berjaya mewakili Malaysia iaitu influencer dan usahawan dikenali sebagai Jofliam yang popular dengan piza wagyu jualannya.

Menerusi perkongsian video oleh isterinya di laman Instagram (@cikepal06), Jofliam telah meraih tempat keempat daripada 50 peserta lain dari pelbagai negara dalam pertandingan memasak piza di Tutto Pizza Expo di Itali.

Sumber: Instagram @cikepal06

Dari hobi suka-suka masa PKP, kini Jofliam sah jadi certified Chef Piza @ certified Pizzaiolo. Masin mulut Han eh. Bila teacher dia tanya ayah dia kerja apa? Han cakap papa Chef.

Cik Epal.

Walaupun jumlah markah menunjukkan Jofliam mendapat tempat keempat, tetapi wanita ini tetap berbangga dengan pencapaian suaminya yang telah membawa nama Malaysia dalam pertandingan membuat piza itu.

Pembuat piza popular di Itali pun katanya kenal piza wagyu dari Malaysia yang dibuat oleh Jofliam!


Jofliam Tanggung Kos Sendiri Sertai Pertandingan Masak Piza Di Itali

Menerusi satu lagi hantaran yang dimuat naik oleh Jofliam di laman Instagram miliknya (@jofliam), usahawan ini memberitahu dia secara rela hati menyertai pertandingan memasak piza itu dengan membiayai segala kos ketika berada di sana. 

Apa yang membuatkan dia lebih gembira adalah apabila peniaga piza di Itali bernama Salva sanggup mewakili Malaysia. 

Difahamkan, Salva telah mengubah suai sedikit resepi piza Jofliam mengikut cita rasa warga tempatan dan membantu influencer ini menjadi ‘orang tengah’ untuk berkomunikasi dengan para juri.

Sangat susah untuk orang Itali nak mewakili bendera negara lain selain Itali sebab orang Itali tersangatlah bangga dengan negara mereka. Tetapi untuk Salva, dia sanggup mewakili Malaysia. Ini adalah satu penghormatan untuk saya.

Jofliam.

Ramai Rakyat Malaysia Tumpang Bangga Dan Ucap Tahniah Kepada Jofliam Atas Pencapaiannya

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tumpang gembira melihat pencapaian Jofliam dengan piza wagyu buatannya yang berjaya mencapai kejayaan di Itali.

Boleh tahan ramai juga yang minta Jofliam buka kedai dan menjual piza tersebut dengan lebih mudah kepada orang awam. 

Walaupun piza wagyu Jofliam ini agak mahal iaitu berharga RM150 sekotak, tetapi ia tetap mendapat permintaan sangat tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Nak membelinya pun agak susah. Kena tunggu Jofliam buka slot yang terhad di update di IG Story dahulu, kemudian anda boleh DM influencer ini.

Katanya kalau IG Story tentang slot piza wagyu sudah dipadam, bermakna tempahan sudah ditutup. Dia punya susah nak order tu ibarat nak beli Sambal Nyet Khairul Aming ya. 

BACA JUGA: “Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit

BACA JUGA: [Video] “Saya Akan Ke Malaysia” – Ramai Teruja Lihat Gordon Ramsay Puji, Siap Duet Video Khairul Aming


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd