Now Reading
Sofyank & Zach King Pertama Kali Buat Video Bersama, Raih Lebih 5 Juta Tontonan Kurang Dari 24 Jam

Sofyank & Zach King Pertama Kali Buat Video Bersama, Raih Lebih 5 Juta Tontonan Kurang Dari 24 Jam

Walaupun video kolaborasi Zach King dan Sofyank ini hanya berdurasi 19 saat, tetapi hasilnya cukup memukau.

Video Kolaborasi Zach King & Sofyank Raih Lebih 4 Juta Tontonan Dalam Tempoh 24 Jam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Influencer dan Artis VFX Malaysia iaitu Muhammad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank kini mula dikenali ramai, bukan sahaja rakyat Malaysia malah masyarakat di seluruh dunia.

Sebelum ini, Sofyank telah berkolaborasi dengan beberapa artis luar negara termasuklah pelakon filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania iaitu Ryan Reynolds dan Will Smith untuk membuat video pendek.

Bukan biasa-biasa ya Sofyank ni!

BACA JUGA: Sofyank96 Creating Yet Another Magic With Antman And Kang The Conqueror

Bukan itu sahaja, baru-baru ini Sofyank juga telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan ‘Ultimate Vfx Challenge’ di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh content creator, Zach King.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan ucapan tahniah kepada Sofyank atas kemenangannya itu. Memang hebatlah Sofyank!

BACA JUGA: Anwar Congratulates Kelantan Chap ‘Sofyank’ Who Struck Gold In The US


Sofyank Buat Video Kolaborasi Bersama Zach King

Terdahulu, Sofyank ada memberikan ‘hint’ bahawa dia akan membuat video kolaborasi bersama Zach King.

BACA JUGA: Sofyan Teases Fans Over Next Collaboration

Penantian orang ramai untuk melihat kolabrasi dua orang artis VFX ini akhirnya tiba selepas Zach King memuat naik video terbaharunya di laman TikTok (@zachking) semalam (27 April).

Dalam video yang dirakam di Los Angeles itu, Zach King dilihat sebagai seorang pelayan di sebuah kafe yang menghidangkan secawan kopi kepada pelanggannya iaitu Sofyank. Sementara itu, Sofyank juga meminta satu kek kopi untuk dimakan.

Di sinilah ‘magik’ bermula apabila Zach King dilihat memotong secawan kopi itu yang tiba-tiba menjadi hidangan kek. Dari minuman kopi bertukar ke menu kek? Wow!

Tidak cukup itu sahaja, Sofyank turut menunjukkan kemahirannya apabila dia ‘mengambil’ kertas menu kafe itu yang ditukarkan kepada kain lap pada baju sebelum menikmati hidangan kek tersebut.

Walaupun video itu hanya berdurasi 19 saat, tetapi memang cukup memukau! Tabik betul dengan cara mereka menyunting video tanpa sebarang cacat cela.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.4 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam ia dimuat naik di laman TikTok.

@zachking

Life isnt always as it seems @sofyank96

♬ original sound – Zach King

Rakyat Malaysia Ucap Tahniah Kepada Sofyank Atas Kolaborasi Bersama Zach King

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen dari seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia yang memberikan ucapan tahniah kepada Sofyank atas kejayaannya membuat video bersama Zach King.

Difahamkan, Sofyank sebelum ini pernah memasang impian untuk bekerjasama dengan Zach King yang cukup dikenali di seluruh dunia dengan suntingan video cukup memukau.

Ramai juga yang teruja dan mahukan Zach King serta Sofyank untuk menghasilkan lebih banyak video bersama-sama selepas ini.

Tahniah Sofyank!

Kami doakan semoga Sofyank diberi peluang untuk berkolaborasi dengan lebih banyak produksi tempatan dan juga antarabangsa bagi menghasilkan karya yang lebih menarik pada masa akan datang.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd